• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Fon kepala ANC Sony WH-1000XM4 kini ada warna putih dalam kuantiti terhad

  • OLEH Najib
  • 2:52 pm
  • 20/04/2021
  • Komen
Fon kepala ANC Sony WH-1000XM4 kini ada warna putih dalam kuantiti terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Fon kepala anti hingar aktif (ANC) Sony adalah model yang diminati ramai. Tahun lepas, Sony telah melancarkan generasi keempat, Sony WH-1000XM4 di dalam warna Hitam dan Perak. Kini, Sony mengumumkan satu lagi warna baharu untuk fon kepala ini, berwarna Putih.

Warna putih untuk fon kepala Sony WH-1000XM4 dihasilkan sebagai edisi terhad. Ia dilancarkan bersempena dengan ulangtahun ke-75 Sony yang akan disambut pada bulan Mei 2021. Warna putih ini memberikan konsep senyap dan tenang, selari dengan teknologi yang terdapat padanya.



Menurut Sony, warna putih pada fon kepala ini ditambah satu lagi lapisan cat berbanding edisi biasa Hitam dan Perak. Ini menjadikannya lebih tahan kekotoran serta menghasilkan warna putih yang berkualiti

Di samping itu, semua perkakas yang datang bersamanya juga berwarna putih. Ini termasuk kabel, adaptor dan bekas penyimpanan.



Selain dari warna, semua perkara lain adalah sama dalam edisi terhad ini. Fon kepala Sony WH-1000XM4 memberikan kualiti ANC terbaik, menggunakan pemproses pembatalan hingar HD QN1, bersama teknologi dwi-sensor hingar. Ia juga memiliki cip SoC Audio Bluetooth baru.

Dengan sokongan pelbagai titik sambungan, WH-1000XM4 boleh berhubung ke dua peranti serentak. Baterinya juga tahan lama, sehingga 30 jam penggunaan berterusan dan menyokong pembantu maya Google Assistant dan Amazon Alexa.

Harga dan Tarikh Jualan

Fon kepala Sony WH-1000XM4 edisi terhad Putih ini akan dijual di Malaysia mulai Mei 2021, di Sony Store KLCC dan The Curve, serta di Stor Online Sony Malaysia. Harganya lebih mahal sedikit dari biasa, iaitu RM1,799.

Kenali Sony WH-1000XM4 lebih lanjut dalam laporan kami di bawah.

Sony perkenal WH-1000XM4, fon kepala penyaring hingar terbaik generasi ke-4
Tags: SonySony WH-1000XM4
Najib

Najib

POPULAR

Fon kepala ANC Sony WH-1000XM4 kini ada warna putih dalam kuantiti terhad

Fon kepala ANC Sony WH-1000XM4 kini ada warna putih dalam kuantiti terhad

20 April 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER