• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SBM #14 | Acara pelancaran Apple & Samsung, Diskaun 70% saman JPJ & Tindakan SKMM iklan judi raya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 10:05 am
  • 21/04/2021
  • Komen
SBM #14 | Acara pelancaran Apple & Samsung, Diskaun 70% saman JPJ & Tindakan SKMM iklan judi raya
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikupaskan ialah, siapa yang yang layak terima diskaun 70% bayaran saman? Apa tindakan SKMM terhadap iklan judi raya? Bilakah majlis acara pelancaran Apple & Samsung? dan pelbagai berita lain lagi diketengahkan.

1.  Apple & Samsung umum acara pelancaran

Apple & Samsung masing-masing umum mahu adakan acara pelancaran. Apple Event diadakan secara maya dan boleh ditonton secara langsung menerusi laman web Apple, aplikasi Apple TV, dan di YouTube Apple. Acara Samsung pula disiarkan menerusi laman web Samsung serta saluran YouTube Samsung.



2. DJI Air 2S, drone mini dengan kamera bersensor besar

DJI perkenalkan drone mini DJI Air 2S. Ia menggunakan sistem pesawat seperti generasi sebelumnya. Ukuran pepenjuru 302mm, mampu terbang lebih pantas dengan jarak operasi 5,000m dari paras laut. Baterinya 3,500mAh mampu bekalkan tenaga selama 31 minit. 

Spesifikasi lanjut di sini.



3. Pas Sahur Digi hanya RM7 dengan 100GB data

Digi menawarkan Pas Sahur dengan kuota 100GB berharga RM7 dan boleh digunakan selama 7 hari dari 3 pagi hingga 7 pagi. Pas ini boleh dilanggan sehingga 12 Mei 2021, sehari sebelum Hari Raya.

Maklumat lanjut di sini.

4. Diskaun 70% saman sempena ulangtahun JPJ Ke-75

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyambut ulang tahun ke-75 dan mereka menawarkan diskaun 70% ke atas semua saman dan kompaun selama 2 bulan.

Perincian tawaran ada di sini.

5. SKMM bertindak terhadap iklan judi hari raya

Baru-baru ini tular di media sosial satu iklan judi yang menggunakan tema Hari Raya. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil maklum perkara tersebut dan bertindak untuk menyekat akses ke atas kandungan itu.

Berita lanjut di sini.

6.  Lazada sedia penghantaran hari sama juadah berbuka puasa

Lazada menganjurkan pesta makan dalam talian yang dikenali sebagai Lazat Bazaar. Melaluinya, Lazada menyediakan khidmat penghantaran hari sama bagi pesanan makanan yang dimasak dan disediakan terus dari pasar di kawasan tertentu di Lembah Klang.

Ketahui lanjut mengenainya di sini.

7.  Maybank mohon pengguna taip URL, bukan klik URL Maybank2U

Maybank mengeluarkan satu amaran kepada pelanggannya terhadap sidiket penipuan. Dalam satu perkongsian di Twitter, Maybank mengingatkan pelanggan supaya taip sendiri alamat URL Maybank2U dan tidak tekan mana-mana pautan yang kononnnya akan bawa anda ke Maybank2U.

Berita penuh di sini.

Tags: appledigidji air 2sJPJLazadaMaybank2usamsungSKMM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

SBM #14 | Acara pelancaran Apple & Samsung, Diskaun 70% saman JPJ & Tindakan SKMM iklan judi raya

SBM #14 | Acara pelancaran Apple & Samsung, Diskaun 70% saman JPJ & Tindakan SKMM iklan judi raya

21 April 2021
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN