• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Pengikut boleh beri wang kepada pengguna Twitter, melalui butang tip pada profil

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:37 pm
  • 26/04/2021
  • Komen
Pengikut boleh beri wang kepada pengguna Twitter, melalui butang tip pada profil
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Twitter dikhabarkan akan menambah ciri Tip Jar di ruang sembang audio, Spaces. Tetapi, ciri itu digambarkan akan ditemui di Spaces yang sedang bersiaran langsung.

Namun, baru-baru ini penyelidik aplikasi Jane Manchun Wong ada berkongsi gambar di Twitternya menunjukkan Twitter menawarkan butang tip pada profil pengguna. Simbol seperti wang kertas itu diletakkan di bahagian kanan profil, sebelah simbol kod qr.



Twitter is working on Tip Jar right on the user profile https://t.co/kqzQmiDFKc pic.twitter.com/VacGyJJ8DU

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) April 22, 2021

Apabila tekan butang itu, pengguna akan di beri pilihan untuk mengirimkan wang melalui Bandcamp, Cash App, Patreon, PayPal dan Venmo.

Nampaknya pengikut boleh memberikan wang selepas melihat kandungan Twitter seseorang, tanpa perlu menyertai siaran langsung Spaces.



Super Follows

Selain itu, dia juga menunjukkan reka bentuk yang sedang diuji oleh Twitter untuk ciri Super Follows yang akan datang. Dengan Super Follow, anda boleh kenakan bayaran kepada pengikut untuk memberikan mereka akses kepada kandungan tambahan.

Melalui perkongsian Jane, pengguna yang mengaktifkan ciri ini akan ada paparan butang Super Follow warna hitam di profilnya. Untuk pengguna yang menekan butang itu pula, mereka akan dapat akses eksklusif yang khas untuk ahli supper follow.

Akses tersebut termasuklah di audio Spaces, membaca dan membalas tweet, serta melihat dan membalas mesej di Fleets.

Twitter is working on the “Super Follow” button,

as a small circular button , or a big “Super Follow” one

p.s. that cash button is for tipping: https://t.co/A6Q6TiA1ku

Twitter is also making their color scheme more monochrome, and is also using their new “Chirp” font https://t.co/qSEjh0ohm8 pic.twitter.com/jb3Y9o4Yct

— Jane Manchun Wong (@wongmjane) April 23, 2021

Walaupun begitu, Twitter belum mengumumkan secara rasmi ciri-ciri ini dan masih belum diketahui siapa yang boleh meletakkan butang tip pada profil. Pasti ada syarat untuk mendapatkan butang itu.

Anda rasa, adakah syaratnya akan sama dengan syarat mendapatakan lencana biru pada profil Twitter?

[Sumber: TheVerge]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Pengikut boleh beri wang kepada pengguna Twitter, melalui butang tip pada profil

Pengikut boleh beri wang kepada pengguna Twitter, melalui butang tip pada profil

26 April 2021
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN