• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme AIoT musim 3 bakal tampilkan 7 produk menarik

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:32 pm
  • 26/04/2021
  • Komen
Realme AIoT musim 3 bakal tampilkan 7 produk menarik
Share on FacebookShare on Twitter

30 April 2021 adalah hari Realme mengadakan AIoT Grand Launch Season 3. Sewaktu edisi Season 2 dahulu, mereka telah lancarkan 6 produk, Season 3 mereka hidangkan anda dengan 7 produk menarik.

5 produk AIoT Realme tiba di meja editor, kekurangan 1 ahli

Tanda kalendar anda 30 April 2021 pada 12 jam tengah hari untuk tonton acara pelancaran produk-produk tersebut.



Realme Watch 2 ialah sekuel kepada Realme Watch asal. Model pertama ini dijual di Malaysia pada harga RM299. Antara fungsi menarik Realme Watch ialah seperti paparan bewarna 1.4”, pengimbas nadi, penjejak aktiviti, dan mampu mempamerkan notifikasi daripada telefon.

Realme Watch S Master Edition mungkin terima komponen lebih berkuasa berbanding Watch S asal ataupun cuma terima tali jam premium. Unit yang bukan Master Edition ada skrin berwarna berbentuk bulan dengan hayat bateri sehinggga 15 hari lamanya. Kemudian, ia mampu jejak kandungan oksigen darah serta mampu jejak lebih 16 jenis aktiviti.



Realme Buds Air 2 Neo akan meneruskan legasi Realme Buds Air 2. Pada produk terdahulu, ia ada penyaring hingar aktif dan hayat bateri 25 jam jika mengambil kira tenaga yang terkandung dalam bekas penyimpanannya.

Realme Buds Q2 bakal jadi penyambung legasi Realme Buds Q. Dalam model terdahulu, ia ada bekas penyimpanan kompak berbentuk seperti batu. TWS ini penyaring hingar aktif tapi pemacu bunyinya 10mm, sama besar seperti Buds Air 2.

Realme Motion Activated Night Light sudahpun dijual di India pada harga INR599 (RM33). Lampu ini dilengkapi pengesan pergerakan dan apabila dicetuskan, lampu akan menyala selama 15 saat. Ia sesuai untuk digunakan dalam almari atapun bahagian tangga. Berbekalkan 3 bateri AA, lampu ini mampu beroperasi selama setahun, bergantung pada pola penggunaan.

Realme Cobble Bluetooth Speaker jadikan Malaysia sebagai lokasi pertama pelancarannya. Maklumat berkenaannya masih kurang tapi asasnya ia adalah sebuah speaker Bluetooth.

Realme Alkaline Battery juga ialah produk baru Realme. Seperti namanya, ia adalah bateri bersaiz AA/AAA.

Tags: Realmerealme alkaline batteryrealme buds air 2 neorealme buds q2realme cobble bluetooth speakerrealme motion activated night lightrealme watch 2realme watch s master edition
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Realme AIoT musim 3 bakal tampilkan 7 produk menarik

Realme AIoT musim 3 bakal tampilkan 7 produk menarik

26 April 2021
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

Cara “palang” IC pada salinan kad pengenalan guna telefon

21 July 2021

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN