• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo A74 akan datang sebagai telefon 5G lebih mampu dimiliki di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:29 pm
  • 27/04/2021
  • Komen
Oppo A74 akan datang sebagai telefon 5G lebih mampu dimiliki di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia hari ini memberi petunjuk bahawa mereka akan melancarkan satu lagi model telefon pintar tidak lama lagi. Ia adalah Oppo A74 5G, dijangka membawakan satu lagi pilihan telefon pintar 5G pada harga lebih mampu dimiliki.

Dalam pemberitahuan ini, Oppo Malaysia belum memberikan tarikh pelancarannya tetapi menyatakan ia akan dilancarkan minggu ini, eksklusif secara dalam talian. Pasti kita boleh mengetahui segala perkara mengenai Oppo A74 5G menjelang hujung minggu ini.



Oppo A74 telah pun dilancarkan di beberapa negara lain, antaranya di Australia, Filipina dan India. Walaupun namanya sama, kesemua model A74 di negara tersebut adalah berbeza satu sama lain. Ini membuatkan agak sukar untuk meneka model yang manakah akan datang ke Malaysia.

Tetapi persamaan boleh dilihat dari satu gambar yang dikongsi oleh Oppo Malaysia. Gambar Oppo A74 5G ini sangat mirip dengan model yang terdapat di Australia, dengan 4 kamera belakang. Bukti ini menjadi lebih kukuh apabila persamaan yang ditemui juga adalah pada penggunaan SoC Qualcomm 5G, bateri 5,000mAh dan juga skrin Hyper-color 90Hz.



Jika benar ia adalah model yang sama dengan di Australia, maka Oppo A74 5G di Malaysia bakal dikuasakan cip permulaan Qualcomm, Snapdragon 480 5G bersama RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.1. Di Australia, hanya ada satu varian dijual iaitu RAM 6GB dan storan 128GB, berharga AUD449 (~RM1,432).

Skrinnya seluas 6.5-inci dari jenis LCD HD penuh, dengan kadar penyegaran 90Hz dan kadar sentuhan 180Hz. Pengimbas capjari terletak di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Empat kamera belakangnya adalah kamera utama 48MP F1.7, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 2MP F2.4 serta kamera mono 2MP F2.4. Kamera hadapannya 16MP F2.0, terletak di dalam lubang di sudut atas skrin.

Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Lain-lain perkara di telefon ini adalah sokongan WiFi 5, Bluetooth v5.1, masih ada jek audio 3.5mm dan speaker mono.

Sistem operasi ColorOS 11.1 berasaskan Android digunakan di dalam Oppo A74. Terdapat 2 warna Oppo A74 disenaraikan di Australia, hitam dan perak.

Untuk perbandingan harga, Oppo A73 telah dilancarkan di Malaysia tahun lepas pada harga RM899. Dengan tambahan 5G tetapi skrin berubah dari AMOLED kepada LCD 90Hz, harga untuk Oppo A74 mungkin lebih mahal. Adakah ia akan melebihi RM1,000? Nantikan laporan lanjut dari kami tidak lama lagi.

Tags: oppoOppo A74
Najib

Najib

POPULAR

Oppo A74 akan datang sebagai telefon 5G lebih mampu dimiliki di Malaysia

Oppo A74 akan datang sebagai telefon 5G lebih mampu dimiliki di Malaysia

27 April 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER