• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

1GB data percuma dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021

  • OLEH Najib
  • 11:33 am
  • 30/04/2021
  • Komen
1GB Percuma PKP: Pengguna Pascabayar, Prabayar & Digi Business perlu tebus di MyDigi
Share on FacebookShare on Twitter

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mendapat persetujuan 5 syarikat telekomunikasi, untuk melanjutkan pemberian 1GB data percuma yang sepatutnya tamat hari ini, 30 April 2021. Pemberian data percuma ini akan dilanjutkan 3 bulan lagi, sehingga 31 Julai 2021.

5 syarikat telekomunikasi yang terlibat adalam Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM). Semua pelanggan syarikat berkenaan boleh menerima 1GB data percuma mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.



Perlu diambil perhatian bahawa 1GB data percuma ini hanya boleh digunakan untuk aplikasi produktiviti dan pendidikan dalam talian terpilih sahaja. Dari senarai yang dikeluarkan sebelum ini, terdapat 40 aplikasi yang tidak boleh menggunakan kuota data percuma ini, dalam 4 kategori iaitu game, media sosial, muzik dan video.

Senarai 40 aplikasi yang tidak boleh menggunakan data percuma

Menurut SKMM, lanjutan ini dibuat sebagai sokongan tambahan kepada rakyat, atas ehsan dan keprihatinan syarikat-syarikat telekomunikasi memandangkan situasi pandemik COVID-19 di negara ini masih belum stabil. Apatah lagi selepas sekolah diumumkan akan beralih semula kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas Aidilfitri seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini.



Sementara itu, YTL Communications Sdn. Bhd. (YTL) juga terus menyokong sistem pendidikan dengan melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 30 September 2021 dan turut merangkumi penuntut institusi pengajian tinggi. Pakej istimewa ini menyediakan kad SIM percuma dengan data sebanyak 40GB, kandungan percuma dan telefon pintar percuma untuk pelajar daripada keluarga B40.

1GB data percuma sepatutnya tamat pada 1 April dan diganti dengan progam lebih bersasar, PEMERKASA: Program Jaringan Prihatin. Program ini dirancang untuk bermula pada Mei 2021, menyediakan subsidi pembelian peranti baru sebanyak RM300, khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah. Bagaimanapun, masih tiada khabar mengenainya dan ia mungkin ditangguhkan, melihatkan 1GB data percuma ini dilanjutkan lagi.

[Sumber: SKMM]

Tags: celcommaxisSKMMTMu mobile
Najib

Najib

POPULAR

1GB Percuma PKP: Pengguna Pascabayar, Prabayar & Digi Business perlu tebus di MyDigi

1GB data percuma dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021

30 April 2021
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN