• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Galaxy Book Pro: Laptop Samsung paling ringan pada jisim, tapi berat pada spesifikasi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:01 pm
  • 30/04/2021
  • Komen
Galaxy Book Pro: Laptop Samsung paling ringan pada jisim, tapi berat pada spesifikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah mengadakan satu majlis pelancaran untuk mengumumkan tiga produk laptop baru mereka iaitu:

  • Samsung Galaxy Book
  • Samsung Galaxy Book Pro
  • Samsung Galaxy Book Pro 360
  • Samsung Galaxy Odyssey

Galaxy Book Pro

Dalam kalangan 4 yang diumumkan Galaxy Book Pro adalah yang paling ringan setakat ini dalam portfolio laptop Samsung dan ia memenuhi piawaian Intel Evo ataupun sebelum ini dikenali sebagai Ultrabook.



Galaxy Book Pro miliki berat sekitar 0.87kg untuk versi 13.3” ataupun 1.05kg untuk versi 15.6”. Sungguhpun ringan, ia miliki segala-galanya yang sebuah laptop moden perlukan. Samsung mengenakan panel Super AMOLED pada laptop ini dan ia menerima pengiktirafan DisplayHDR 500.

Atas papan utamanya, ia diperkasa CPU Intel genrasi ke-11 dalam varian Core-i3, Core-i5, dan Core-i7. Namun, tempahan awal untuk milikinya setakat ini dibuka untuk varian Core-i5 dan juga Core-i7. Bersama-sama CPU tersebut, pengguna mendapat RAM sehingga 16GB dan storan sehingga 512GB.



Port I/O juga adalah pelbagai pada badannya. Anda beroleh 2 USB-C dengan salah satunya menyokong Thunderbolt 4. Kemudian, anda juga akan temui USB-A disampung slot mikro-SD, jek 3.5mm, dan port HDMI bersaiz penuh.

Pada bahagian ketersambungan, anda dapat Wi-Fi 6 bersama-sama LTE dan/atau 5G untuk lebih mobiliti.

Bateri berkapasiti 65Wh menjanjikan waktu guna sehingga 20 jam lamanya.

Galaxy Book Pro 360

Galaxy Book Pro 360 ialah kesinambungan kepada Galaxy Book Pro. Mereka berkongsi spesifikasi yang sama kecuali panel paparannya ialah yang daripada jenis peka sentuhan. Samsung memberikan teknologi S Pen pada laptop ini untul lebih keversatilan.

Harga Galaxy Book Pro

  • Skrin 13.3”, CPU Core i5-1135G7, RAM 8GB, Storan 256GB – USD450 (RM1,848)
  • Skrin 13.3”, CPU Core i7-1165G7, RAM 8GB, Storan 512GB – USD650 (RM2,669)
  • Skrin 15.6”, CPU Core i5-1135G7, RAM 8GB, Storan 512GB – USD550 (RM2,259)
  • Skrin 15.6”, CPU Core i7-1165G7, RAM 16GB, Storan 512GB – USD750 (RM2,080)

Harga Galaxy Book Pro 360

  • Skrin 13.3”, CPU Core i7-1165G7, RAM 8GB, Storan 256GB – USD650 (RM2,669)
  • Skrin 13.3”, CPU Core i7-1165G7, RAM 16GB, Storan 512GB – USD850 (RM3,491)
  • Skrin 15.6”, CPU Core i7-1165G7, RAM 8GB, Storan 512GB – USD750 (RM3,080)
  • Skrin 15.6”, CPU Core i7-1165G7, RAM 16GB, Storan 1T – USD950 (RM3,901)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: samsungSamsung galaxy book proSamsung galaxy book pro 360
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Galaxy Book Pro: Laptop Samsung paling ringan pada jisim, tapi berat pada spesifikasi

Galaxy Book Pro: Laptop Samsung paling ringan pada jisim, tapi berat pada spesifikasi

30 April 2021
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER