• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPhone 12 & 12 mini berwarna ungu boleh mula dibeli di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:29 pm
  • 03/05/2021
  • Komen
iPhone 12 & 12 mini berwarna ungu boleh mula dibeli di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara yang diumumkan pada acara pelancaran pertama Apple tahun ini adalah tambahan warna baru untuk iPhone 12 dan iPhone 12 mini. Warna ungu ini boleh mula dibeli di Malaysia bermula hari ini, menyertai warna sedia ada iaitu hitam, putih, merah, hijau dan biru.

Harga untuk warna baru ini tidak berubah. Berikut adalah harga untuk pilihan storan iPhone 12 dan iPhone 12 mini di Malaysia:



iPhone 12 mini

  • 64GB – RM3,399
  • 128GB – RM3,599
  • 256GB – RM4,099

iPhone 12



  • 64GB – RM3,899
  • 128GB – RM4,099
  • 256GB – RM4,599

Penyenaraian warna ungu untuk iPhone 12 dan iPhone 12 mini sudah terdapat di laman web Apple Malaysia, dengan masa penghantaran dalam 1 hari bekerja. Ia pasti akan terdapat di kedai-kedai, pengedar sah Apple serta ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tidak lama lagi.

Semua perkakas dan spesifikasi pada warna ungu juga adalah sama. Ia dikuasakan cip Apple A14 Bionic dengan sokongan 5G. Skrinnya dari jenis OLED Super Retina XDR dengan saiz 5.4-inci untuk mini dan 6.1-inci untuk iPhone 12.

Kedua-dua model ini hanya ada dua kamera iaitu kamera utama 12MP dan kamera ultra lebar 12MP. Ia juga tidak datang bersama kepala pengecas di dalam kotak, hanya diberikan kabel USB-C ke lightning sahaja.

Selain warna baru di telefon, Apple juga ada menjual casing berwarna ungu. Anda boleh mendapatkan casing Amethyst Silicon Case with MagSafe berharga RM219 atau Deep Violet Leather Case with MagSafe yang berharga RM269.

Tags: appleApple iPhone 12Apple iPhone 12 Mini
Najib

Najib

POPULAR

iPhone 12 & 12 mini berwarna ungu boleh mula dibeli di Malaysia

iPhone 12 & 12 mini berwarna ungu boleh mula dibeli di Malaysia

3 May 2021
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN