Antara berita yang diketengahkan ialah, apa tawaran diskaun Apple Watch yang disediakan? Bilakah pelajar dari keluarga B40 akan terima peranti laptop? Sampai bila 1GB data percuma untuk pendidikan dilanjutkan?
1 . Apple Watch Series 6 ada diskaun RM200
Dua pengedar sah Apple di Malaysia, Machines dan Switch, telah memuat naik promosi jualan Apple Watch Series 6 dengan diskaun RM200. Machines turut menerima tukar tebus (trade-in) Apple Watch yang lama untuk membeli Apple Watch Series 6 yang baru, dengan rebat sehingga RM775.
Maklumat lanjut di sini.
2. Promosi Raya Celcom Home internet “Tanpa Had” tetapi kuota terhad
Celcom adakan promosi raya untuk pelan Celcom Home Wireless Broadband. Ia dikatakan promosi “Tanpa Had”. Tetapi jika disemak pada bahagian Terma & Syarat, sebenarnya promosi Raya ini bukanlah tanpa had. Apa yang pengguna terima sebenarnya hanyalah kuota tambahan 150GB selama 2 bulan.
Berita penuh di sini.
3. Oppo A74 telefon 5G paling murah di Malaysia
Oppo A74 5G telah dilancarkan dan ia memiliki harga paling murah untuk telefon pintar yang menyokong 5G di Malaysia. Oppo A74 5G dikuasakan cip Snapdragon 480 dengan sokongan rangkaian 5G. Skrinnya seluas 6.5-inci dari jenis LCD HD penuh. Bateri di dalamnya berkapasiti 5,000mAh.
Spesifikasi dan maklumat jualan ada di sini.
4. Oyen, insuran haiwan peliharaan digital perlindungan sehingga RM8,000
Oyen.my merupakan sebuah platform insuran digital pertama untuk haiwan peliharaan yang dicipta oleh Oyen Sdn Bhd dengan kerjasama MSIG Malaysia. Sehingga RM 8,000 kos perubatan veterinar boleh dituntut sekiranya haiwan peliharaan sakit atau cedera dalam kemalangan.
Maklumat penuh di sini.
5. Vivo V21 & V21e: Maklumat penjualannya di Malaysia
Vivo Malaysia umum dua model terbaru masuk ke dalam pasaran iaitu Vivo V21 dan Vivo V21e. Dua model ini ada spesifikasi hampir serupa, cuma ia berbeza dari segi rekaan, SoC dan kamera selfie. V21e tampil bersisi membulat manakala V21 sisi tajam. Kamera selfie Vivo V21e ada sensor 44MP tetapi tiada OIS seperti V21.
Spesifikasi penuh dan harga di sini.
6. CERDIK: 50,000 pelajar terima peranti hujung Mei, 100,000 bulan September
Kerajaan umum akan menyediakan sekurang-kurangnya 50,000 peranti kepada pelajar untuk pembelajaran dalam talian pada akhir bulan Mei. Baki 100,000 dijangka disalurkan menjelang hujung September 2021.
Berita penuh di sini.
7. 1GB data percuma dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) umum bahawa mereka telah mendapat persetujuan 5 syarikat telekomunikasi untuk melanjutkan pemberian 1GB data percuma yang sepatutnya tamat 30 April 2021. Ia akan dilanjutkan 3 bulan lagi, sehingga 31 Julai 2021.
Berita penuh di sini.