• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jogging dibenarkan semula di kawasan PKP bermula 8 Mei

  • OLEH Najib
  • 12:25 pm
  • 08/05/2021
  • Komen
Jogging dibenarkan semula di kawasan PKP bermula 8 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Aktiviti sukan dan rekreasi yang dilakukan di kawasan terbuka tanpa bersentuhan fizikal kini dibenarkan di bawah SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang baru dikemaskini. Ia dibolehkan jika mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1.5 meter dan dilakukan di kawasan kejiranan atau terhad di mana-mana kawasan dalam daerah yang sama tertakluk kepada arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuat kuasa.

Keputusan ini diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi utusan di Facebook rasmi mereka. Ia berkuatkuasa bermula 8 Mei 2021.



Menurut KBS, Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mempertimbangkan rayuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk melihat semula keputusan mengenai SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 7 hingga 20 Mei 2021.

Tambah KBS lagi, kelonggaran-kelonggaran lain bagi sektor sukan dan rekreasi akan diperhalusi dalam Mesyuarat Teknikal MKN seterusnya.



YB Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli Sidang Khas MKN khususnya YAB Perdana Menteri yang telah memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan KBS. Beliau turut menyeru para peminat dan penggiat sukan untuk terus melaksanakan aktiviti kecergasan dengan selamat sepanjang tempoh PKP ini.

“Kita masih lagi belum menang dalam melawan penularan COVID-19. Justeru, semua pihak hendaklah memainkan peranan yang lebih berkesan agar pelaksanaan PKP pada kali ini benar-benar mencapai matlamat yang dihasratkan” tambah beliau lagi.

SOP am PKP sebelum ini menetapkan bahawa aktiviti sukan di tempat terbuka tanpa sentuhan fizikal adalah tidak dibenarkan. Ia mendapat kritikan dari ramai pihak, antaranya melihat agak pelik apabila berjalan-jalan di pusat beli-belah atau melawat Bazar Ramadan dibenarkan, tetapi tidak boleh pula untuk berjalan di taman terbuka.

[Sumber: KBS]
[Gambar: MalayMail]

Tags: COVID-19pkpReezal Merican
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Jogging dibenarkan semula di kawasan PKP bermula 8 Mei

Jogging dibenarkan semula di kawasan PKP bermula 8 Mei

8 May 2021
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER