JKJAV: Jangan percaya khabar angin tentang pendaftaran tak lengkap untuk vaksin di Mysejahtera

Satu mesej WhatsApp sedang tular sekarang yang mendakwa pendaftaran untuk mendapatkan vaksin COVID-19 anda mungkin tidak lengkap. Dalam mesej tersebut, ia mengatakan yang sekiranya pendaftaran anda lengkap, ia akan mengandungi maklumat negeri tempat anda berada dan poskod.

Jawatankuasa yang mengelolakan pendaftaran vaksin COVID-19 telah menidakkan kenyataan tersebut dan memberitahu yang rakyat tidak perlu melakukan pendaftaran semula di MySejahtera.

Menurut mereka, sebab terdapat kelainan antara pendaftaran yang memaparkan negeri dan poskod berbanding yang tidak adalah mereka sedang menyuntik fungsi baharu pada sistem MySejahtera. Fungsi tersebut sedang disebarkan fasa demi fasa dan ia mengambil sedikit masa untuk semua orang menerimanya.

JKJAV memberi jaminan yang ia tidak akan menjejaskan status pendaftaran anda dan juga tidak memberi kesan pada status menunggu anda. Program Imuniasasi COVID-19 Kebangsaan kini berada di Fasa 2 yang merangkumi warga emas, orang kelainan upaya, dan orang yang menghidapi penyakit kronik.

Selain di APP MySejahtera, and aboleh perika status pendaftaran anda di laman rasmi JKJAV di sini.