• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ibu mengandung & menyusu anak hanya boleh terima vaksin Pfizer-BioNTech sahaja

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:55 am
  • 18/05/2021
  • Komen
Ibu mengandung & menyusu anak hanya boleh terima vaksin Pfizer-BioNTech sahaja
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan satu perkongsian di Twitter rasmi JKJAV, antara ketiga-tiga vaksin yang sudah ada di Malaysia, hanya vaksin Pfizer-BioNTech sahaja yang disyorkan untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak.

Dinyatakan di situ, suntikan Pfizer sesuai untuk individu hamil antara 14 sehingga 33 minggu atau ditangguhkan selepas melahirkan anak. Maksudnya, usia kandungan yang sesuai untuk terima suntikan adalah kira-kira pertengahan 4 bulan kehamilan sehingga pertengahan 8 bulan.



Dua lagi vaksin yang ada iaitu Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan untuk ibu mengandung buat masa ini. Manakala untuk ibu menyusu, data keselamatan yang tersedia adalah terhad. Ia akan disyorkan kepada ibu menyusu selepas konsultasi di lakukan.

Berikut adalah maklumat kesesuaian vaksin COVID-19 bagi para ibu yang sedang menyusu dan mengandung setakat 17 Mei 2021.
Maklumat ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa bergantung kepada maklumat dan data baru yang diperlolehi.

Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOB4OE pic.twitter.com/XAhdMWgIyy

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) May 17, 2021

Perkara ini juga dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin. Menurutnya, ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak tidak disarankan untuk menerima vaksin Sinovac dan AstraZeneca.



Hal ini kerana data keberkesanan serta kesan sampingan membabitkan dua vaksin itu kepada kumpulan terbabit tidak mencukupi.

Beliau juga sudah meminta Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk mengatur dan menyelaras dengan hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak, untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung.

[Sumber: Berita Harian]

Tags: Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Ibu mengandung & menyusu anak hanya boleh terima vaksin Pfizer-BioNTech sahaja

Ibu mengandung & menyusu anak hanya boleh terima vaksin Pfizer-BioNTech sahaja

18 May 2021
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN