• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung peragakan sebilangan konsep paparan boleh lipat masa depan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:38 pm
  • 18/05/2021
  • Komen
Samsung peragakan sebilangan konsep paparan boleh lipat masa depan
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam sacara Display Week 2021 yang sedang berjalan sekarang, Samsung telah mengumumkan beberapa inovasi berkaitan paparan OLED yang mereka sedang bangunkan. Sebahagian besarnya menjurus kepada paparan fleksibel yang boleh dilipat untuk beroleh ruang paparan lebih luas tanpa mengorbankan portability.

Inovasi pertama ialah paparan jenis multi lipat. Samsung mempamerkan yang panel ada dua bahagian lipatan, tak kiralah kedua-duanya dilipat sama arah ataupun salah satunya dilipat kearah yang berlainan.



Kemudian, Samsung memperagakan pula paparan boleh gulung. Teknologi ini ada iras seperti Oppo X 2021. Ciri ini dimungkinkan dengan penggunaan kaca ultranipis Samsung yang digelar mereka sebagai Ultra Thin Glass (UTG) untuk berikant gulungan beradius terkecil di dunia.

Inovasi yang seterusnya ialah Under Panel Camera (UPC). Asasnya adalah Samsung ingin memberikan teknologi paparan infiniti macam telefon Galaxy tanpa perlu menebuk lubang pada paparan seperti yang berlaku pada siri telefon mereka.



UPC ini digambarkan digunakan pada tablet Samsung sebesar 17” dengan paparan fleksibel. Makanya input menaip juga dimasukkan melalui papan kekunci maya yang terpapar di atas skrin.

Agak menarik konsep-konsep yang ditonjolkan Samsung. Ia sama seperti apabila mereka mengumumkan pelbagai jenis paparan Infinity yang bakal digunakan pada produk telefon mereka.

Samsung Umum 5 Konsep Infinity Display Untuk Produk Generasi Seterusnya
Tags: oledpaparansamsung
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung peragakan sebilangan konsep paparan boleh lipat masa depan

Samsung peragakan sebilangan konsep paparan boleh lipat masa depan

18 May 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN