Realme Watch 2 Pro diumumkan, salah satu daripada 4 ahli baru dalam koleksi AIoT sukan

Realme terus membanjirkan pasaran tempatan dengan produk-produk menarik. Selepas 7 produk di AIoT Grand Launch Season 3, kini ada empat lagi produk baru yang ditawarkan Realme. Mereka ialah:

  1. Realme Watch 2 Pro
  2. Realme Buds Wireless 2
  3. Realme Buds Wireless 2 Neo
  4. Realme Pocket Bluetooth Speaker

Realme Watch 2 Pro ada paparan lebih besar berbanding Realme Watch 2 yang dilancarkan semasa AIoT Grand Launch Season 3. Jam itu ada paparan 1.75” dan katanya ada refresh rate 30fps. Selain fizikaliti lebih besar, fungsi menjejak padanya lebih jitu kerana menyokong isyarat satelit penjejak dwifrekuensi.

Ada 90 jenis mode sukan yang dimasukkan dalamnya untuk dipilih dan berbekalkan bateri 390mAh, ia boleh berkhidmat sehingga 14 hari lamanya, bergantung kepada pola penggunaan.

Pada sudut ketahanan, ia menerima penawaran kekalisan debu dan air pada IP68 agar anda berasa yaking untuk bawanya keluar bersukan air sekalipun. Untuk kegunaan kasual, Realme membekalkan lebih 100 jenis muka jam yang boleh dikenakan pada Realme Watch 2 Pro.

Realme Watch 2 Pro dijual pada harga RM299. Ia boleh mula dibeli dari pengedar rasmi di seluruh negara pada 29 Mei 2021 ini.

Baki 3 produk lain yang dilancarkan Realme kali ini berada dalam kategori audio. Realme Buds Wireless 2 dan Realme Buds Wireless 2 Neo mereka miliki fizikaliti yang hampir serupa. Bezanya, Buds Wireless 2 spesifikasinya lebih tinggi contohnya ia dilengkapi penyaring hingar aktif (ANC) manakala Buds Wireless 2 Neo tiada.

Namun, hayat bateri mereka agak mengagumkan, pengguna beroleh sehingga 22 jam waktu penggunaan. Berbekalkan hayat bateri panjang, mereka amat sesuai untuk dibawa bersukan, lebih-lebih lagi dengan penawaran kalis air IPX4 (Buds Wireless 2 Neo) dan (Buds Wireless 2) IPX5.

Realme Buds Wireless 2 Neo dan Realme Buds Wireless 2 mula dijudal 6 Jun 2021 masing-masing pada harga RM99 dan RM199. Tapi dalam waktu terhad, ia terima potongan harga masing-masing menjadi RM49 dan RM129.

Kalau anda lebih selesa bunyi tidak terus mencucuk telinga, anda boleh bersenam ditemani Realme Pocket Bluetooth Speaker.

Ia juga kalis air pada tahap IPX5 dan bersaiz kompak untuk dimuatkan dalam poket. Bateri yang terkandung pada speaker ini membolehkannya berkhidmat selama 6 jam lamanya dan untuk mengisi semula, port USB-C boleh digunakan.

Runut-runut bunyi dihasilkan melalui speaker dinamik berkuasa 3W yang boleh mengjasilkan boss dan treble dengan baik. Kalau anda miliki sepasang speaker ini, ia boleh dikonfigurasikan menjadi stereo untuk bunyi yang lebih mantap.

Realme Pocket Bluetooth Speaker dijual pada harga RM79, tapi tarikh jualannya tidak pula diumumkan, sama seperti Realme Cobble Bluetooth.