• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi Note 8 akan dilancar semula, sempena terjual 25 juta unit

  • OLEH Najib
  • 5:20 pm
  • 24/05/2021
  • Komen
Redmi Note 8 akan dilancar semula, sempena terjual 25 juta unit
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Redmi Note 8 telah dilancarkan pada Ogos 2019, hampir 2 tahun yang lepas. Tidak lama lagi, Xiaomi menyatakan bahawa mereka mahu melancarkan semula model ini, diberikan nama sebagai Redmi Note 8 2021.

The #RedmiNote8 has now sold 25M+ units globally!

As we celebrate this milestone, we're thrilled to introduce you to the #ThePerformanceAllStar – the #RedmiNote8 2021. Stay tuned! pic.twitter.com/39RHoTC2Mb

— Xiaomi (@Xiaomi) May 20, 2021

Menurut Xiaomi, model istimewa ini diperkenalkan semula sempena menyambut jualan 25 juta unit Redmi Note 8 di seluruh dunia. Jualan kali ini juga akan membawakan tema “The Performance All Star”.



Xiaomi juga telah berkongsi beberapa maklumat mengenai Redmi Note 8 2021. Antaranya ia akan menggunakan skrin 6.3-inci Dot Drop atau bertakuk kecil, masih sama seperti model asal. Telefon ini juga akan dilengkapi 4 kamera bersama kamera utama 48MP. Ada dua warna yang ditunjukkan, putih dan biru.

Untuk prestasi pula akan berbeza. Jika dahulu ia menggunakan cip Snapdragon 662, Redmi Note 8 2021 akan dikuasakan cip Mediatek Helio G85. Ia adalah cip yang sama digunakan di Redmi Note 9, memiliki 2-teras Cortex A77 2.0GHz, 6-teras Cortex A75 1.8GHz dan GPU Mali-G52 1GHz.



Buat masa ini, hanya ini maklumat yang telah dikongsikan Xiaomi. Tarikh pelancaran Redmi Note 8 2021 juga masih belum diumumkan, dijangka akan diadakan dalam masa satu ke dua minggu ini.

Walaupun begitu, sudah ada beberapa khabar yang berkongsi perkara lain tentang telefon ini. Antaranya kuasa pengecasnya akan dipertingkat ke 22.5W daripada 18W, dan memiliki kamera ultra lebar, kamera potret dan kamera makro.

[Sumber: GSMarena]

Tags: Redmi Note 8xiaomiXiaomi Redmi Note 8
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

AEON Bank anjur Pertandingan Seni Digital AI untuk pelajar sekolah sempena Merdeka

12 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Redmi Note 8 akan dilancar semula, sempena terjual 25 juta unit

Redmi Note 8 akan dilancar semula, sempena terjual 25 juta unit

24 May 2021

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER