• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple TV 4K sudah dijual di Malaysia sekarang

  • OLEH Najib
  • 4:18 pm
  • 25/05/2021
  • Komen
Apple TV 4K sudah dijual di Malaysia sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat Apple di Malaysia boleh meraikan ketibaan satu lagi produk baru Apple. Dilancarkan pada akhir bulan lepas, Apple TV 4K kini telah mula dijual di Malaysia.

Stor Online Apple Malaysia telah menyenaraikan Apple TV 4K untuk dijual. Malah, penghantaran akan dibuat dalam masa 1 hari bekerja. Bermakna, stok sedia dihantar terus selepas tempahan.



Terdapat dua pilihan Apple TV 4K di Malaysia, berharga RM849 dengan storan 32GB dan RM949 berstoran 64GB. Sebagai tambahan, pembeli boleh juga membeli pelan perlindungan AppleCare berharga RM99. Ia memberikan jaminan dan sokongan perkhidmatan selama 3 tahun, dari tarikh pembelian.

Setiap pembelian Apple TV 4K juga hadir bersama langganan Apple TV+ percuma selama setahun. Apple juga masih menawarkan model lama yang kini dipanggil Apple TV HD dengan storan 32GB, pada harga RM719. Ia datang bersama alat kawalan baru.



Spesifikasi

Seperti namanya, pembaharuan terbesar di Apple TV ini adalah sokongan 4K. Ini membolehkan pengguna menonton kandungan dengan resolusi 4K ke paparan besar yang menyokong 4K. Kebolehan baru ini dihasilkan dengan penggunaan cip A12 Bionic di dalamnya. Ia juga menyokong paparan HDR dan Dolby Vision 60fps.

Satu lagi perkara baharu adalah sokongan talaan cahaya menggunakan iPhone. Dengan sensor cahaya iPhone, ia akan menghantar maklumat yang terpancar dari skrin TV ke Apple TV 4K dan diubahsuai secara pintar untuk menghasilkan warna dan cahaya terbaik yang menepati standard industri.

Apple juga menaik taraf alat kawalan jauh di Apple TV 4K. Ia kini menyokong arahan Siri menerusi butang khas di sisi, serta menggantikan pad sentuh kepada pad kawalan lima arah. Pad ini juga memiliki cincin luar yang boleh diputar pantas untuk navigasi lebih mudah.

Dari segi rupa, Apple TV 4K tidak ada bezanya dengan model lama. Ia masih berbentuk empat segi tebal dengan bucu bulat. Boleh kata rekaan yang ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan rupa ChromeCast dengan Google TV baharu dan juga Mi TV Stick.

Tags: appleApple TV 4K
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Apple TV 4K sudah dijual di Malaysia sekarang

Apple TV 4K sudah dijual di Malaysia sekarang

25 May 2021
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN