• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple TV 4K terima cip A12 Bionic dan Siri Remote serba baharu

  • OLEH Najib
  • 5:38 am
  • 21/04/2021
  • Komen
Apple TV 4K terima cip A12 Bionic dan Siri Remote serba baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dalam perutusan hari ini turut melancarkan Apple TV 4K baharu, dengan naik taraf pemproses A12 Bionic di pasang ke dalamnya. Ini meningkatkan prestasinya untuk grafik, pengekodan video serta memproses audio.

Paling utama, Apple memberikan alat kawalan jauh serba baharu untuk Apple TV 4K kali ini, dikenali sebagai Siri Remote. Alat kawalan jauh ini direka semula untuk kawalan navigasi lebih mudah dan berkesan, mengeluarkan prestasi terbaik tvOS di dalamnya.



Dengan cip berkuasa tinggi yang baharu, Apple TV 4K kini menyokong paparan HDR berkadar tinggi serta video Dolby Vision. Ini membenarkannya memaparkan sehingga 60 bingkai sesaat (fps) terutama untuk babak aksi yang pantas, supaya kelihatan lancar.

Apple juga memperkenalkan proses pengimbangan warna yang canggih. Dengan menggunakan iPhone, Apple TV akan mengesan cahaya yang dikeluarkan oleh iPhone dan membandingkannya dengan cahaya di TV. Dari sini, ia akan mengubahsuai paparan video untuk menghasilkan warna yang lebih tepat dan asli secara automatik.



Rekaan baru Siri Remote menampilkan butang kawalan 5 arah, bersama cincin luar yang boleh digunakan seperti mendail. Apple juga meletakkan hanya butang kawalan utama, iaitu butang Back, Play/Pause dan Mute. Butang Siri dialihkan ke sisi, memberikan rasa yang serupa seperti di iPhone.

Seperkara lagi, Apple menggunakan warna kontras untuk butang dan alat kawalan, agar ia lebih mudah dilihat dan dicapai. Siri Remote memiliki bateri terbina di dalam dan boleh dicas melalui port Lightning yang terdapat padanya.

Sambungan yang terdapat pada Apple TV 4K adalah seperti HDMI 2.1, Wifi 6 MIMO, Gigabit Ethernet, Bluetooth 5.0 dan penerima infra merah.

Pembelian Apple TV 4K datang bersama langganan Apple TV+ percuma selama setahun. Selain itu, Apple TV juga boleh menjadi hab kandungan ekosistem Apple seperti mendengar muzik di Apple Music, mengikuti aktiviti kecergasan di Apple Fitness+ dan bermain game di Apple Arcade. Ia juga boleh digunakan untuk kawalan peralatan pintar melalui HomeKit. AirPlay yang terbina di dalamnya, boleh memaparkan kandungan dari peranti Apple lain terus ke skrin besar melalui Apple TV 4K.

Sama seperti produk Apple lain yang diumummkan hari ini, Apple TV 4K belum diketahui bilakah akan dijual di Malaysia. Tetapi harganya telah disenaraikan di laman web Apple Malaysia seperti berikut:

  • Apple TV 4K 32GB – RM849
  • Apple TV 4K 64GB – RM949
  • Apple TV HD 32GB – RM719

Apple juga akan menawarkan Apple TV HD dengan kuasa cip A8 bersama Siri Remote yang baharu.

Tags: appleApple TVApple TV 4K
Najib

Najib

POPULAR

Apple TV 4K terima cip A12 Bionic dan Siri Remote serba baharu

Apple TV 4K terima cip A12 Bionic dan Siri Remote serba baharu

21 April 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN