• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook mahu benarkan pengesahan identiti akaun Instagram menerusi WhatsApp

  • OLEH Najib
  • 5:04 pm
  • 25/05/2021
  • Komen
Akses Instagram disekat gara-gara InstaStory Toy Story 4
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Instagram mungkin akan dapat mengesahkan akses ke akaun mereka melalui WhatsApp selepas ini. Buat masa sekarang, pengguna Instagram yang mengaktifkan pengesahan dua tahap (2FA), hanya boleh melakukannya menerusi aplikasi, SMS, permohonan daftar masuk atau kod salinan.

Perkara ini dilaporkan oleh pembocor berita, Alessandro Paluzzi. Bagaimanapun, pengguna Instagram masih perlu menggunakan SMS untuk mengaktifkan penggunaan WhatsApp dahulu, sebelum boleh menggunakan WhatsApp sebagai pengesahan.



Ini memberi lebih pilihan kepada pengguna kerana kadang kala capaian talian yang tidak bagus menyebabkan SMS sukar diterima, sedangkan ada sambungan ke internet melalui WiFi. Malah WhatsApp juga mudah diakses menerusi komputer.

Baru-baru ini, Alessandro juga ada melaporkan bahawa Instagram sedang menguji muat naik gambar dan video menerusi pelayar. Bermakna, ia membolehkan muat naik menggunakan komputer, perkara yang sekian lama tidak boleh dilakukan di Instagram.



Jika ada pengesahan 2FA Instagram di WhatsApp, ia pasti gandingan hebat jika Instagram membenarkan muat naik gambar menerusi pelayar. Kerana kedua-duanya boleh dilakukan terus di komputer, tanpa perlu menggunakan telefon pintar.

[Sumber: 9to5mac, @alex193a]

Tags: instagramwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Akses Instagram disekat gara-gara InstaStory Toy Story 4

Facebook mahu benarkan pengesahan identiti akaun Instagram menerusi WhatsApp

25 May 2021
Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

Xiaomi lancarkan tiga peranti boleh pakai baharu di Malaysia, harga dari RM199

27 November 2026
MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

MySiren: Ujian amaran kecemasan seluruh negara berlangsung pada 29 November

23 November 2026
Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

Honor Pad X9b Max: Tablet 13″ diiktiraf IMAX Enhanced, bateri 10,100mAh pada RM1,499

25 November 2026
CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

CIMB Islamic perkenal Zakat365 Lite dan Faraid360 untuk urusan zakat dan harta pusaka

25 November 2026
iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

iQoo 16 dan iQoo 16s bakal dilancar di Malaysia pada 8 Disember, tempahan kini dibuka

26 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN