PROMO: 5 tawaran hebat dalam Jualan Epik Hujung Minggu Samsung Galaxy S21

Khas di hujung minggu ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan telefon pintar siri Galaxy S21 pada harga lebih murah, dan banyak tawaran lain. Ia diadakan bersempena Jualan Kilat Epic Hujung Minggu Samsung, dari 26 Mei hingga 30 Mei 2021.

Tawaran hebat ini boleh didapati di beberapa lokasi iaitu di:

  1. Stor Online Samsung Malaysia
  2. Semua Stor Samsung Experience (SES)
  3. Pengedar sah Samsung terpilih
  4. Semua kedai Urban Republic
  5. Kedai AEON terpilih (AEON Taman Maluri, AEON AU2, AEON Mid Valley, AEON IOI Mall)
  6. Semua kedai Best Denki
  7. Semua kedai Courts Malaysia
  8. Semua kedai Harvey Norman

Dalam promosi ini, pembeli boleh mendapatkan diskaun, jaminan tambahan tahun kedua, hadiah percuma, serta menukar tebus telefon lama.

Tawaran 1 – Rebat RM400

Semua model Samsung Galaxy S21 akan menerima diskaun RM400 semasa promosi ini. Tetapi ia terhad kepada 2,250 pembeli pertama sahaja. Harganya selepas diskaun adalah seperti berikut:

Galaxy S21 5G

8GB+128GB – RM3,499 RM3,099
8GB+256GB – RM3,699 RM3,299

Galaxy S21+ 5G

8GB+128GB – RM3,999 RM3,599
8GB+256GB – RM4,299 RM3,899

Galaxy S21 Ultra 5G

12GB+128GB – RM4,999 RM4,599
12GB+256GB – RM5,299 RM4,899
16GB+512GB – RM5,899 RM5,499

Tawaran 2 – Jaminan tambahan tahun kedua

Pembeli semua model Galaxy S21 dalam tempoh promosi ini akan juga menerima pelan Samsung Care+ bernilai RM630 secara percuma, yang memberikan jaminan tambahan tahun kedua, termasuk kerosakan akibat cecair dan perkara tidak sengaja.

Tawaran 3 – Percuma aksesori bernilai sehingga RM917

Samsung juga memberi hadiah percuma kepada semua pembeli siri Galaxy S21. Untuk pembeli Galaxy S21 dan Galaxy S21+, mereka akan menerima hadiah percuma berupa Galaxy SmartTag dan fon telinga Galaxy Buds+. Bagi pembeli Galaxy S21 Ultra, mereka juga menerima Galaxy SmartTag dan fon telinga Galaxy Buds+, serta ditambah pad pengecas Wireless Charger Duo.

Tawaran 4 – Tukar tebus telefon lama

Jika anda ada telefon pintar lama, anda boleh menukar tebusnya untuk membeli siri Galaxy S21 pada harga lebih murah. Tukar tebus ini diuruskan oleh InstaCash. Maklumat lanjut boleh dirujuk di laman Samsung Trade-In.

Tawaran 5 – Beli aksesori hanya RM21

Lebih baik lagi, pembeli boleh mendapatkan sehingga dua aksesori pada harga RM21. Pembeli boleh memilih salah satu dari 4 pilihan di bawah ini:

  • Pengecas 25W dan pengecas kereta
  • Casing silikon dan casing berdiri
  • Fon telinga USB-C
  • Storan kilat Duo Plus USB-C

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi ini, layari laman web Samsung Galaxy S21.