• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp tidak akan sekat penggunaan jika tidak terima terma & syarat baharu

  • OLEH Najib
  • 10:09 am
  • 31/05/2021
  • Komen
WhatsApp tidak akan sekat penggunaan jika tidak terima terma & syarat baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, WhatsApp meminta pengguna untuk menerima terma dan syarat baharu mereka jika mahu terus menggunakan aplikasi permesejan popular ini. Pengguna perlu menerimanya sebelum 15 Mei 2021, atau tidak lagi diberi akses penuh.

Dalam kenyataan terbaru, WhatsApp tidak akan menyekat sebarang perkhidmatan mereka jika pengguna masih tidak memilih untuk menerima terma dan syarat baharu ini. Sebaliknya, WhatsApp hanya akan memberi peringatan dari semasa ke semasa tentang perkara ini.



Perkara ini dinyatakan oleh WhatsApp menerusi satu kenyataan kepada TNW, seperti di bawah. Menurut WhatsApp, mereka telah berbincang dengan pelbagai pihak berkuasa dan pakar keselamatan, dan ingin menjelaskan bahawa mereka tidak merancang untuk menyekat penggunaan WhatsApp untuk yang belum mengesahkan penerimaan. Peringatan akan diberikan selalu, supaya pengguna tahu bahawa terma dan syarat baharu ini penting untuk mereka menggunakan fungsi penuh di WhatsApp terutama sekali untuk perniagaan.

Given recent discussions with various authorities and privacy experts, we want to make clear that we currently have no plans to limit the functionality of how WhatsApp works for those who have not yet accepted the update. Instead, we will continue to remind users from time to time about the update as well as when people choose to use relevant optional features, like communicating with a business that is receiving support from Facebook.

Bagaimanapun perkara ini bukanlah tetap, WhatsApp mungkin akan mengubah pendirian mereka di masa akan datang. Sudah pasti WhatsApp akan cuba mengekalkan jumlah pengguna mereka yang ramai, serta memastikan kerajaan dan pihak berkuasa tidak juga menyekat penggunaan WhatsApp.



Contohnya di India, kerajaan di sana meminta WhatsApp menarik semula polisi baru mereka kerana ia bertentangan dengan udnang-undang India. Kerajaan Turki pula meminta WhatsApp menangguhkan langkah mereka untuk pengguna menerima terma baharu. Di Jerman, kerajaan telah menghalang WhatsApp dari menggunakan data pengguna kerana syarat baharu yang tidak sah.

Jika anda masih belum mengesahkan penerimaan terma dan syarat baharu WhatsApp, anda tidak perlu risau tidak boleh menggunakan WhatsApp. Tetapi anda akan dihujani peringatan setiap kali membuka aplikasi tersebut.

[Sumber: TheNextWeb]

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
WhatsApp tidak akan sekat penggunaan jika tidak terima terma & syarat baharu

WhatsApp tidak akan sekat penggunaan jika tidak terima terma & syarat baharu

31 May 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER