Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

WhatsApp tangguh wajibkan pengguna terima syarat baru, dari 8 Februari ke 15 Mei

Pada awal bulan ini, pengguna WhatsApp di seluruh dunia telah menerima notis pop-up di aplikasi, yang menyatakan ada kemaskini terma dan syarat. Pengguna diberi masa sehingga 8 Februari 2021 untuk bersetuju dengan terma baru ini. Jika tidak, pengguna dijemput untuk memadamkan akaun WhatsApp mereka selepas tarikh tersebut.

Bagaimanapun, selepas mendapat banyak maklumbalas dari pengguna, WhatsApp telah memanjangkan tempoh persetujuan ini selama 3 bulan lagi, iaitu sehingga 15 Mei 2021. Menurut WhatsApp, banyak maklumat salah disebarkan dan mereka ingin membantu pengguna memahami dasar dan fakta mengenainya.

Notis pop-up yang diterima pengguna di iPhone

Sebelum ini, WhatsApp telah mengeluarkan penjelasan mengenai terma dan syarat baru ini. Tiada apa-apa perkara yang berubah, kecuali pengguna diberi pilihan baharu untuk menghantar mesej ke akaun perniagaan di WhatsApp. Walaupun tidak semua akan menggunakan, mereka yakin ia akan menjadi pilihan ramai di masa akan datang.

Tambah WhatsApp lagi, data pengguna kekal dilindungi kerana semua mesej adalah sulit hujung-ke-hujung, hanya penghantar dan penerima boleh melihatnya. WhatsApp juga tidak menyimpan log penghantaran mesej atau panggilan yang dibuat dan tidak dapat melihat lokasi yang dikongsikan. WhatsApp turut tidak berkongsi kenalan dengan Facebook.

Tetapi ramai menganggap langkah ini sebagai keterlaluan, kerana memaksa pengguna untuk menerima syarat baru yang dilihat mengambil terlalu banyak data pengguna. Oleh itu, pengguna WhatsApp dilaporkan mula mencari aplikasi permesejan alternatif. Seperti Telegram dan Signal.

Apa pendapat anda, adakah ini akan masa tambahan ini akan membantu anda memahami hasrat WhatsApp dengan lebih mendalam?

[Sumber: WhatsApp]

Bacaan Berkaitan

BACA  Telegram iOS boleh import mesej anda dari WhatsApp iOS, ini caranya