• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Langganan Disney+ Hotstar lebih murah ada di Apple Appstore?

  • OLEH Najib
  • 2:29 pm
  • 02/06/2021
  • Komen
Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform
Share on FacebookShare on Twitter

Disney+ Hotstar telah memulakan perkhidmatan mereka di Malaysia pada 1 Jun 2021. Hanya satu jenis langganan ditawarkan, iaitu RM54.90 untuk 3 bulan. Tetapi terdapat harga langganan lain dilihat telah disenaraikan di Apple Appstore. Pada harga yang lebih murah.

Jika anda pergi ke aplikasi Disney+ Hotstar di dalam Apple Appstore, di bahagian “In-App Purchases” disenaraikan tiga jenis harga langganan iaitu:



  • Disney+ Hotstar Quarterly – RM54.90
  • Disney+ Hotstar Monthly – RM11.90
  • Disney+ Hotstar Annual – RM62.90

Senarai harga ini menyatakan, yuran untuk suku tahun (3 bulan) adalah RM54.90, yuran bulanan RM11.90 dan yuran tahunan hanyalah RM62.90. Jika dibandingkan, 3x yuran bulanan hanya RM35.70 dan yuran tahunan ini bersamaan RM5.24 sebulan sahaja.

Kedua-dua harga bulanan dan tahunan ini jauh lebih murah, dari kadar yang disediakan untuk 3 bulan iaitu RM54.90, bersamaan RM18.30 sebulan.



Tetapi, apabila mahu melanggan di Apple Appstore, masih tiada pilihan untuk yuran bulanan atau tahunan. Hanya boleh memilih yuran 3 bulan RM54.90 sahaja.

Perkara ini tidak dapat dipastikan sama ada ini adalah satu kesilapan atau akan diperkenal di masa hadapan. Di Google Playstore pula, tidak dapat ditemui tawaran bulanan atau tahunan seperti di Apple Appstore.

Perkara ini sebenarnya tidak mustahil kerana negara jiran, Indonesia mempunyai tawaran yang hampir serupa dan sangat murah. Yuran bulanan Disney+ Hotstar di Indonesia berharga IDR 39,000 (~RM11.29), manakala yuran tahunan hanyalah IDR 199,000 (about RM57.60).

Jika anda pelanggan Astro dengan pek Movie, anda boleh menebus langganan Disney+ Hotstar secara percuma menerusi laman web Astro Disney+. Daftar masuk Disney+ Hotstar menggunakan nombor telefon, jadi anda perlu mendaftar nombor telefon yang sama untuk menebus di Astro.

[Sumber: @zhaflog]

Tags: DisneyDisney Plus Hotstar
Najib

Najib

POPULAR

Disney+ Hotstar Malaysia: Cara mendaftar, melanggan & menonton di pelbagai platform

Langganan Disney+ Hotstar lebih murah ada di Apple Appstore?

2 June 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN