Unifi meraikan 2 juta pelanggan dengan tayangan Olimpik Tokyo 2020 percuma

Unifi baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka telah memiliki pelanggan seramai 2 juta orang. Bagi meraikan pencapaian ini, Unifi menyediakan tiga tawaran menarik yang boleh dinikmati semua pelanggan.

1. Tontonan percuma Sukan OlimpIk Tokyo 2020

Semua pelanggan Unifi sedia ada akan boleh menonton Sukan Olimpik Tokyo yang disiarkan dari 23 Julai sehingga 8 Ogos 2021, secara percuma. Ia boleh ditonton menerusi 13 saluran HD di Unifi TV menerusi set-top-box atau Unifi Plus. Pelanggan yang tiada Unifi TV pula, boleh menontonnya menerusi aplikasi Unifi PlayTV.

2. Khidmat nasihat Wifi Percuma oleh Unifi Elite

Unifi Elite merupakan sebuah pasukan pakar internet yang boleh memberikan penilaian dan khidmat nasihat secara profesional bagi mengoptimumkan liputan tanpa wayar di premis pelanggan. Tawaran untuk tempoh terhad ini yang bernilai RM120 bagi setiap kunjungan, dibuka kepada 100 orang pelanggan pertama.

Manakala untuk pelanggan pelan Unifi 500Mbps dan Unifi 800Mbps, boleh menerima nasihat Wi-Fi percuma ini sehingga akhir tahun. Pelanggan Unifi Home yang berminat boleh menempah slot dengan melengkapkan borang secara dalam talian di unifi.com.my/bookunifielite.

3. Pelan unifi Mobile 99 tanpa had berharga RM59 sahaja

Orang ramai kini boleh melanggan Pelan Unifi Mobile 99 tanpa had pada harga RM59 sahaja. Pelan ini memberikan panggilan, data dan SMS tanpa had, bersama pas LTE hotspot sebanyak 10GB.

Pelan tanpa kontrak ini adalah eksklusif untuk pelanggan Home Broadband, manakala mereka yang tidak melanggan pelan Home Broadband dengan Unifi, boleh melanggan pelan ini pada harga yang sama dengan kontrak selama 12 bulan.

Maklumat lanjut mengenai penawaran-penawaran eksklusif ini, boleh didapati dengan melayari laman web unifi.com.my/thankyou2million.


Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial, Telekom Malaysia Berhad (TM) berkata: “Kami dapat meraikan pencapaian yang menggembirakan ini kerana sokongan anda, para pelanggan yang kami hargai. Terima kasih kerana terus memberikan sokongan, keyakinan dan kepercayaan kepada unifi. Andalah pendorong yang membuatkan kami terus berusaha keras untuk sentiasa memberikan pengalaman terbaik buat para pelanggan. Sebagai tanda penghargaan, kami membawakan siaran Sukan Olimpik Tokyo 2020 di unifi TV untuk semua pelanggan kami secara PERCUMA. Selain itu, kami memahami pada waktu begini, lebih ramai yang duduk di rumah dan pengalaman sambungan yang lancar adalah amat penting. Justeru, kami menawarkan khidmat nasihat pengoptimuman Wi-Fi secara PERCUMA daripada pasukan unifi Elite kami untuk mempertingkatkan pengalaman internet di rumah anda. Tidak dilupakan, semua para pelanggan sedia ada kami boleh menikmati pelan unifi Mobile pascabayar tanpa had dengan hanya RM59 sebulan tanpa kontrak. Inilah cara kami menzahirkan penghargaan dan terima kasih kerana memilih unifi sebagai pemacu gaya hidup digital anda.”

unifi mengekalkan kedudukan sebagai peneraju konvergens dengan pertumbuhan jumlah pelanggan yang kukuh dan konsisten. Penawaran konvergens lengkap #unifiyourworld yang menarik menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan untuk akses (penyelesaian Home Broadband dan Mobile), unifi TV dan keperluan gaya hidup (unifi Plus Box, Mesh Wi-Fi, dan lain-lain) – untuk pengalaman keseluruhan yang dipertingkatkan di rumah dan di mana sahaja di bawah satu langganan. Pengoptimuman WiFi menerusi penggunaan Mesh Wi-Fi yang ditawarkan di dalam pakej konvergens berkenaan membantu mempertingkatkan lagi pengalaman pelanggan. unifi turut mempercepatkan program migrasi Streamyxnya bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi.

“Misi kami adalah untuk terus memberikan pengalaman pelanggan dan nilai terhebat buat para pelanggan kami, sama ada dari segmen kediaman mahupun perniagaan. Dalam tempoh yang sukar dan tidak dijangkakan ini, di mana sambungan yang lancar dan tanpa gangguan telah menjadi satu keperluan penting, unifi secara proaktif telah memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA). TM menerusi unifi telah berusaha gigih untuk memperluaskan capaian sambungan kepada kawasan-kawasan pinggir bandar dan luar bandar, disokong oleh jumlah port yang dipasang lebih tinggi dan pelaksanaan rangkaian fiber lebih meluas serta menerusi teknologi yang bersesuaian di bawah program JENDELA dalam memastikan tiada sesiapa yang akan tercicir. Kami turut melepasi sasaran JENDELA 1Q2021 kami apabila mencatatkan 141% daripada komitmen kami, menepati peranan kami sebagai penyedia sambungan dan infrastruktur digital negara,” tambah beliau.