• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Apple TV kini boleh dipasang & ditonton di Android TV

  • OLEH Najib
  • 6:21 pm
  • 04/06/2021
  • Komen
Apple TV kini boleh dipasang & ditonton di Android TV
Share on FacebookShare on Twitter

Pengguna Android TV di Malaysia baru sahaja menambah satu lagi platform penstriman iaitu Disney+ Hotstar bermula 1 Jun 2021. Kini, terdapat satu lagi platform baru telah tiba untuk ditambah di Android TV, iaitu Apple TV.

Sebelum ini, Apple TV hanya boleh ditonton dan distrim dari peranti Apple atau pelayar sahaja. Kini, aplikasi ini boleh dimuat turun daripada Google Playstore di Android TV. Tetapi ia masih tidak terdapat di Google Playstore untuk telefon pintar dan tablet.



Dengan ini, pengguna yang memiliki langganan Apple TV+ boleh mula menonton rancangan kegemaran mereka di skrin besar, melalui perkakas yang menyokong Android TV seperti Mi TV Stick atau tv pintar dengan Android TV terbina di dalamnya.

Langkah ini tidak mengejutkan kerana Apple sebelum ini telah membuka perkhidmatan lagu mereka, Apple Music juga di platform Android.



Cara memasang Apple TV di Android TV

Kami telah berjaya memasang aplikasi Apple TV di dalam Mi Box yang memiliki Android TV 9.0 di dalamnya. Untuk itu, kami berkongsi langkahnya dengan anda supaya anda juga dapat menikmatinya.

Caranya sangat mudah, sama seperti memasang aplikasi lain di Android TV. Buka Android TV anda dan pergi ke Google Playstore. Cari Apple TV di ruang carian dan muat turun aplikasi tersebut.

Kalau anda memiliki langganan Apple TV+ aktif bersama peranti Apple, maka daftar masuk aplikasi ini sangat mudah. Dengan iPhone, anda hanya perlu mengimbas kod QR yang ditunjukkan di skrin. Jika tidak, anda masih boleh mendaftar masuk dengan pergi ke laman web activate.apple.com, daftar masuk Apple ID dan masukkan 4 kod yang dipaparkan.

Cara lain, anda boleh terus daftar masuk menggunakan Apple ID di dalam aplikasi Apple TV ini, satu persatu menggunakan alat kawalan jauh. Agak leceh di sini.

Melanggan Apple TV+

Jika anda tiada langganan Apple TV+, ia boleh dilanggan pada harga RM19.90/bulan. Apple TV+ juga diberikan langganan percuma setahun bersama pembelian peranti Apple seperti iPhone, iPad, iPod touch, Apple TV atau Mac.

Untuk pilihan lebih murah dan berbaloi, Apple TV+ boleh didapati menerusi langganan Apple One. Pada harga RM19.90/bulan, Apple One memberikan langganan Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan 50GB storan iCloud. Pelan Family pula membolehkan sehingga 5 akaun berkongsi semua langganan dan 200GB storan iCloud.

[Sumber: 9to5google]

Tags: android tvappleGoogle
Najib

Najib

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Apple TV kini boleh dipasang & ditonton di Android TV

Apple TV kini boleh dipasang & ditonton di Android TV

4 Jun 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

TIPS: Cara sembunyikan gambar dalam iPhone & lindunginya dengan Face ID

25 Januari 2023
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER