• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar bil, tambah nilai & beli data lebih mudah dengan Digi sepanjang tempoh PPPKP

  • OLEH Najib
  • 1:52 pm
  • 04/06/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk menyokong usaha kerajaan supaya orang ramai duduk di rumah semasa Penutupan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PPPKP), Digi kini menyediakan kemudahan supaya pengguna boleh terus kekal berhubung. Pengguna boleh menggunakan saluran digital Digi dan memanfaatkan khidmat layan diri.

Menerusi laman web Digi yang telah dinaik taraf, pelanggan Digi boleh membuat tiga jenis transaksi tanpa perlu mendaftar masuk akaun Digi mereka



  1. Tambah nilai masa berbual prabayar menggunakan kad kredit, FPX atau e-dompet: https://www.digi.com.my/shop/prepaid-plans/top-up/mobile

Pelanggan prabayar Digi turut menikmati masa berbual tambahan sebanyak 10% apabila mereka menambah nilai dalam talian.

  1. Bayar bil pascabayar menggunakan kad kredit, FPX atau e-dompet: https://www.digi.com.my/selfcare/bills/pay-bill
  2. Beli kuota internet tambahan untuk prabayar atau pascabayar: https://www.digi.com.my/selfcare/add-ons/digi-internet-pass

Dengan ini, pelanggan bukan sahaja boleh membuat transaksi dengan mudah, malah boleh membantu ahli keluarga dan rakan untuk menambah nilai atau membayar bil. Saluran layan diri secara digital ini boleh diakses sepanjang masa, 24 jam sehari 7 hari seminggu.



Selain melalui laman web Digi, pelanggan Digi juga boleh menggunakan aplikasi MyDigi untuk membuat transaksi seperti di atas, bila-bila masa.

Jika memerlukan bantuan, Digi juga menyediakan saluran yang boleh dihubungi 24/7 menerusi Talian Khidmat Pelanggan, ‘Live Chat’ dan platform Media Sosial. Untuk bantuan khidmat pelanggan di luar talian apabila diperlukan, Digi Stores dan Digi Store Express masih dibuka dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan waktu operasi seperti digariskan oleh kerajaan serta badan penguatkuasaan yang relevan.

Di samping itu, Digi juga meneruskan inisiatif sedia ada untuk digunakan pelanggan seperti data tambahan 1GB setiap hari yang boleh ditebus melalui kod UMB sehingga 31 Julai 2021, rebat RM180 merangkumi pelan prabayar dan pascabayar atau subsidi RM300 untuk telefon pintar dan tablet di dalam program Jaringan Prihatin, serta Pakej Data Khas Pelajar Digi dengan hanya RM20/sebulan sahaja.

Layari laman web Digi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai semua tawaran terkini.

Tags: digi
Najib

Najib

POPULAR

Bayar bil, tambah nilai & beli data lebih mudah dengan Digi sepanjang tempoh PPPKP

4 June 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN