• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad Pro dengan Harmony OS akan dilancar di Malaysia pada 10 Jun

  • OLEH Najib
  • 2:07 pm
  • 07/06/2021
  • Komen
Huawei MatePad Pro dengan Harmony OS akan dilancar di Malaysia pada 10 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei MatePad Pro 2021 yang baru dilancarkan minggu lepas, kini diumumkan akan tiba di Malaysia minggu ini. Ia adalah tablet pertama keluaran Huawei yang dikuasakan sistem operasi baru, Harmony OS 2.0.

Pelancaran Huawei MatePad Pro ini akan diadakan pada hari Khamis, 10 Jun 2021, pukul 12 tengah hari. Dari laman produknya, ia menunjukkan tempahan awal akan dibuka pada hari dan waktu yang sama.



Laman produk tersebut turut menyenaraikan hanya satu warna iaitu Matte Grey. Ia juga hanya ada satu varian iaitu RAM 8GB dan storan 256GB. Ia tidak menyatakan 5G pada namanya serta tidak kelihatan di ruang spesifikasi. Jadi ini mungkin versi WiFi sahaja.

Untuk perbandingan, ia dijual di China pada harga RMB 5,499 (~RM3,547) untuk versi WiFi 256GB. Manakala tahun lepas, Huawei MatePad Pro dilancarkan pada harga RM2,399 tanpa sambungan 5G, dengan RAM 8GB dan storan 256GB. Tempahan awal semasa pelancarannya turut memberikan hadiah percuma berupa papan kekunci dan M-Pencil. Tidak lama selepas itu, Huawei melancarkan versi 5G pada harga RM3,299.



Tablet berkuasa tinggi Huawei kini diperbaharui dengan skrin lebih besar berukuran 12.6-inci, menggunakan paparan OLED 60hz serta resolusi tinggi 2560×1600. Ia dikuasakan cip Kirin 9000E serta digerakkan oleh sistem operasi Harmony OS 2.0.

Baterinya berkapasiti 10,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 40W, serta pengecasan wayarles 27W. Ia juga memiliki lapan pembesar suara dan empat mikrofon terbina di dalam.

Huawei turut mengumumkan aksesori baru iaitu M-Pencil generasi kedua, serta papan kekunci khas buat tablet ini. Aplikasi Google masih tidak boleh dipasang di dalamnya, serta tiada perkhidmatan GMS boleh digunakan.

Tags: Huaweihuawei matepad pro
Najib

Najib

POPULAR

Huawei MatePad Pro dengan Harmony OS akan dilancar di Malaysia pada 10 Jun

Huawei MatePad Pro dengan Harmony OS akan dilancar di Malaysia pada 10 Jun

7 June 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN