• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp sah akan hadir dengan fungsi berbilang peranti

  • OLEH Najib
  • 5:00 pm
  • 07/06/2021
  • Komen
WhatsApp sah akan hadir dengan fungsi berbilang peranti
Share on FacebookShare on Twitter

WhatsApp dilaporkan akan menambah beberapa ciri baru yang penting tidak lama lagi. Antaranya adalah penggunaan di pelbagai peranti untuk akaun yang sama.

Perkara ini dimaklumkan oleh laman WABetaInfo yang sering menguji pelbagai fungsi Beta WhatsApp yang masih belum dilepaskan. Ketua Pegawai Operasi (CEO) WhatsApp, Will Cathcart dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg telah menghubungi WABetaInfo dan menceritakan sendiri tentang perkara tersebut.



Salah satu fungsi penting yang akan tiba di WhatsApp adalah mesej terpadam sendiri yang lebih hebat. Buat masa ini, anda boleh menetapkan perbualan untuk hilang dalam masa 7 hari. Tetapi tidak lama lagi, akan ada pilihan tambahan iaitu ‘View Once‘.

Dengan ‘View Once‘, ia akan mengehadkan penerima mesej untuk melihat hanya satu kali, gambar atau video yang dihantar kepadanya sebelum ia terpadam sendiri. Bagaimanapun, penerima masih boleh menangkap layar untuk menyimpan gambar atau video tersebut.



Manakala ciri yang lebih dinanti ramai adalah kebolehan menggunakan WhatsApp di pelbagai peranti. Apabila perkara ini ditanya oleh WABetaInfo kepada Mark Zuckerberg, beliau mengesahkan ciri ini akan datang tidak lama lagi dan ia menjadi satu masalah teknikal besar untuk membolehkan semua mesej disalurkan kepada semua peranti. Sehinga 4 peranti boleh dihubungkan dengan 1 akaun dan iPad akan turut disokong.

Lebih menarik lagi adalah fungsi ini akan membolehkan pengguna akses kepada semua mesej walaupun bateri telefon mati atau telefon ditutup. Buat masa sekarang, WhatsApp Web memerlukan sambungan aktif dengan telefon pintar dan tidak boleh digunakan jika telefon dimatikan atau tiada sambungan internet.

Semua fungsi baru ini akan masih dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung dan Mark sendiri sangat berbangga kerana ia adalah penyelesaian terbaik ada di luar sana. Fungsi berbilang peranti ini akan diperkenal di dalam kemaskini Beta Public tidak lama lagi supaya ia boleh diuji dan menerima maklumbalas pengguna.

Sebelum ini, WABetaInfo telah melaporkan bahawa WhatsApp akan membenarkan penghantaran salinan sejarah perbualan ke nombor telefon berbeza. Ia dikatakan akan membenarkan pertukaran sejarah perbualan antara Android dan iOS, di mana perkara ini tidak boleh dilakukan buat masa ini. Perkara ini merupakan satu masalah yang membantutkan hasrat pengguna untuk beralih peranti antara Android dan iOS.

[Sumber: WABetaInfo]

Tags: whatsapp
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
WhatsApp sah akan hadir dengan fungsi berbilang peranti

WhatsApp sah akan hadir dengan fungsi berbilang peranti

7 June 2021
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER