• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei lancar pengecas 135W, menyokong teknologi PD & SuperCharge

  • OLEH Najib
  • 12:17 pm
  • 11/06/2021
  • Komen
Huawei lancar pengecas 135W, menyokong teknologi PD & SuperCharge
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei baru-baru ini telah melancarkan pengecas berkuasa tinggi 135W, direka khas untuk menguasakan laptop. Pengecas ini datang bersama port USB-C.

Walaupun begitu, ia juga boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar dan pelbagai produk lain yang menggunakan USB-C. Pengecas ini berwarna putih sepenuhnya, dari kepala sehingga ke kabel. Ia juga mempunyai pin boleh cabut, jadi boleh diganti dengan pelbagai jenis pin kuasa.



Dari label yang terdapat padanya, ia menggunakan model nombor HW-200A00P00 dan mengeluarkan kuasa sehingga 20V dan 6.75A, menjadikan jumlah kuasa 135W. Ia juga menyokong pelbagai format pengecasan seperti PD, DCP, QC2.0, QC4, FCP, SCP dan lain-lain.

Terdapat juga label Huawei SuperCharge padanya serta logo laptop dan telefon pintar pada kepala pengecas ini.



Ada ura-ura menyatakan bahawa pengecas ini akan digunakan pada telefon pintar flagship Huawei yang akan dilancarkan tidak lama lagi, iaitu siri Huawei P50. Di pentas pelancaran Harmony OS 2.0, Huawei telah umum bahawa mereka akan melancarkan siri P50, tetapi tidak pula memberikan tarikh acara tersebut.

Pengecas Huawei Mate 40 Pro

Buat masa ini, pengecas terpantas Huawei di telefon pintar adalah 66W (11V,6A), digunakan oleh Mate 40 Pro. Bagi siri P40 pula, ia menyokong pengecasan pantas 40W (10V,4A).

[Sumber: GizmoChina]

Tags: Huawei
Najib

Najib

POPULAR

Huawei lancar pengecas 135W, menyokong teknologi PD & SuperCharge

Huawei lancar pengecas 135W, menyokong teknologi PD & SuperCharge

11 June 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER