• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Razer sah akan jual topeng mukanya hujung tahun ini dengan kuantiti terhad

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:14 pm
  • 15/06/2021
  • Komen
Razer sah akan jual topeng mukanya hujung tahun ini dengan kuantiti terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Melalui acara E3 2021, Ketua Pegawai Eksekutif Razer, Min-Liang Tan mengumumkan bahawa topeng muka Project Hazel akan mula dijual bermula pada awal suku keempat tahun ini.

Topeng muka ini akan dijual melalui laman sesawang Razer. Tetapi untuk permulaan, ia akan disediakan dengan jumlah yang sedikit.



Di samping pengumuman itu, Tan juga berkongsi beberapa perubahan yang akan ada pada topeng muka tersebut sejak pertama kali ia diperkenalkan pada bulan Januari. Menurutnya, Razer merancang untuk mengekalkan reka bentuk telus topeng muka itu untuk memudahkan melihat mulut pemakai, tetapi mereka akan menambah pencahayaan dalaman dan lapisan anti kabus di bahagian dalam topeng.

Sebelum ini, Razer ada kongsikan beberapa ciri topeng muka ini. Antaranya, ia mempunyai mikrofon terbina di dalam bagi memudahkan si pemakai berkomunikasi, ia juga direka dengan ventilator yang mampu menyaring sekurang-kurangnya 95% zarah-zarah yang dibawa udara.



Sekiranya anda ingin melihat bagaimana rupa anda apabila memakai topeng Project Hazel ini, anda boleh mencubanya secara augmented reality (AR) melalui penapis Instagram yang disediakan oleh Razer. Ada banyak warna yang anda boleh padankan dengan wajah anda. Tekan di sini untuk mencubanya.

Walaubagaimanapun, harga topeng muka ini masih belum didedahkan. Jika anda mahu mendapatkannya dan ingin diingatkan mengenai topeng muka yang akan tiba nanti, anda boleh melakukan pendaftar di laman web Project Hazel di sini.

[Sumber: TheVerge]

Tags: razer
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Razer sah akan jual topeng mukanya hujung tahun ini dengan kuantiti terhad

Razer sah akan jual topeng mukanya hujung tahun ini dengan kuantiti terhad

15 Jun 2021
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER