• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PPV Mega Bukit Jalil dibuka 21 Jun, tumpu golongan 40 tahun ke bawah

  • OLEH Najib
  • 12:38 am
  • 20/06/2021
  • Komen
PPV Mega Bukit Jalil dibuka 21 Jun, tumpu golongan 40 tahun ke bawah
Share on FacebookShare on Twitter

Lembah Klang akan menerima satu lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega, apabila Stadium Bukit Jalil akan mula beroperasi sebagai PPV minggu hadapan. Bermula 21 Jun 2021, PPV Stadium Bukit Jalil akan beroperasi untuk memvaksinkan sehingga 10,000 orang sehari bagi mempercepatkan lagi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK).

PPV Stadium Bukit Jalil akan mula beroperasi pada 21 Jun. Ia akan dapat memberi vaksinasi sehingga 10,000 orang setiap hari.

Ini merupakan inisiatif yang digerakkan selari dengan sasaran Pelan Pemulihan Negara.#LindungDiriLindungSemua" pic.twitter.com/QzM6swxZxy

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) June 19, 2021

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, PPV berskala besar ini akan membenarkan lebih ramai orang, terutama sekali di Lembah Klang untuk menerima vaksin. Tumpuan diberikan kepada mereka yang berumur 40 tahun dan ke bawah.



https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1406168957980069895

Beliau menambah, pada peringkat awal, seramai 60 orang sukarelawan MyVac akan ditugaskan di stadium tersebut dan akan ditambah jika diperlukan. Jika ada sesiapa berminat untuk menjadi sukarelawan MyVac, boleh mendaftar di laman web MyVac.

Sehingga 18 Jun 2021, lebih 5.5 juta dos telah diberikan. Hampir 4 juta penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama, iaitu kira-kira 12.1% dari jumlah populasi. Sebanyak 1.5 juta orang pula telah melengkapkan dos kedua vaksin.



Jumlah pemberian kumulatif vaksin setakat 18 Jun

Daftar untuk vaksinasi: https://t.co/m1joWOB4OE#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/w2JiCwbM7R

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) June 19, 2021

[Sumber: Malay Mail]

Tags: COVID-19ppvVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

PPV Mega Bukit Jalil dibuka 21 Jun, tumpu golongan 40 tahun ke bawah

PPV Mega Bukit Jalil dibuka 21 Jun, tumpu golongan 40 tahun ke bawah

20 June 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN