• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelekat ini mampu halang buah atau sayur rosak terlalu cepat dan ia buatan Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:25 pm
  • 21/06/2021
  • Komen
Pelekat ini mampu halang buah atau sayur rosak terlalu cepat dan ia buatan Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Ada satu produk yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Ia boleh memperlambat proses rosak sayur dan buah-buahan dan seterusnya mengelakkan pembaziran. StixFresh adalah inovasi rakyat Malaysia yang merupakan sekeping pelekat bersaiz sebesar syiling 50 sen untuk ditampal pada buah ataupun sayur untuk memanjangkan hayatnya.

Cara kerja StixFresh

Menurut dokumen paten yang telah dihantar, StixFresh menggunakan garam batu sebagai bahan asas. Garam memiliki sifat menyerap lembapan secara semula jadi. Maka, apabila kelembapan diserap, pertumbuhan bakteria dan kulat dapat direncatkan yang seterusnya turut merencatkan proses pereputan.



Namun, cabaran yang lebih besar adalah menukarkan bahan garam ini menjadi sesuatu yang boleh dilekatkan pada hasil tanaman.

Untuk tujuan tersebut, mereka menggunakan lilin lebah untuk menjadi pemegang garam. Tapi sebelum itu, mereka menyediakan larutan garam dalam kepekatan antara 0.12-0.70g/ml.



Campuran larutan garam dan lilin lebah kemudiannya disalutkan pada kertas pelekat.

Kertas pelekat boleh dihasilkan daripada sumber semula jadi ataupun sintetik. Kertas berasaskan pulpa kayu sesuai kerana ia bersifat porus dan boleh  menyerap sebatian tadi. Namun, paper jenis sintetik juga sesuai digunakan dan mereka mencadangkan daripada jenama TESLIN.

Larutan khas itu juga boleh disembur terus ke atas hasil pertanian disebabkan ia tidak merubah rupa hasil tersebut kerana ia lutsinar.

Sumber: KLFoodie

Tags: stixfresh
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Pelekat ini mampu halang buah atau sayur rosak terlalu cepat dan ia buatan Malaysia

Pelekat ini mampu halang buah atau sayur rosak terlalu cepat dan ia buatan Malaysia

21 June 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN