• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lego Mario & Luigi kini boleh dimain serentak sebagai satu pasukan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:31 pm
  • 23/06/2021
  • Komen
Lego Mario & Luigi kini boleh dimain serentak sebagai satu pasukan
Share on FacebookShare on Twitter

Lego Mario mula diperkenalkan pada bulan Mac 2020, ia diikuti pula Lego Luigi khas untuk anak-anak berusia 6 tahun ke atas pada bulan April 2021 yang lalu. Terbaharu, Lego membolehkan peminat menggabungkan dua karakter iaitu Mario dan Luigi dalam satu permainan. Ini bermaksud, dua individu boleh bermain bersama-sama untuk merasakan lebih cabaran.

Anda boleh menghubungkan Mario dan Luigi melalui Bluetooth dan bermain sebagai satu pasukan. Melaluinya juga anda boleh mengumpul duit syiling digital tambahan dengan melakukan tindakan seperti berjalan, melompat atau mengalahkan musuh.



Lego Luigi dan Lego Mario boleh didapati sebagai Pek Permulaan (Starter) yang berasingan.

Sebagai tambahan kepada pelancaran mod 2 pemain ini, Lego memperkenalkan empat set Expansions baru, dua pek Power-Up dan sepuluh karakter baru.



Empat set Expansions itu mewakili binaan untuk anda mengembangkan set Starter. Ia sesuai untuk main bersendirian tetapi, anda boleh juga sertakan dua karakter itu sambil menambah koleksi duit syiling digital.

Berikut merupakan set Expansions yang boleh dibeli:

  1. Bowser’s Airship – RM499.90
  1. Boss Sumo Bro Topple Tower – RM149.90
  1. Lakitu Sky World – RM179.90

4. Reznor Knockdown – RM329.90

Ini pula dua pek Power-Up yang anda boleh miliki untuk bermain Lego Mario dan Luigi dengan lebih seronok:

  1. Frog Mario – RM49.90
  1. Bee Mario – RM49.90

Untuk sepuluh karakter baru pula, anda boleh membelinya pada harga RM16.90 sahaja.

Lego Super Mario Adventures with Luigi Starter Course kini tersedia untuk tempahan awal. Anda boleh lakukan tempahan di sini atau melalui kedai bertauliah Lego, Legoland, Toys ‘R’ Us serta kedai rasmi Lego di Lazada dan Shopee. Ia akan mula dilancarkan pada 1 Ogos 2021.

Harga untuk set ini adalah RM259.90. Produk yang lain juga boleh mula didapatkan pada tarikh yang sama.

Tags: lego
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Lego Mario & Luigi kini boleh dimain serentak sebagai satu pasukan

Lego Mario & Luigi kini boleh dimain serentak sebagai satu pasukan

23 June 2021
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN