• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Promosi 20GB RM20 kembali ke Yoodo

  • OLEH Najib
  • 9:43 am
  • 23/06/2021
  • Komen
Promosi 20GB RM20 kembali ke Yoodo
Share on FacebookShare on Twitter

Promosi Double Double dan 10GB percuma daripada Yoodo telah tamat berkuatkuasa 11.59 malam pada 22 Jun 2021. Seperti biasa, Yoodo tidak akan berhenti memberikan promosi untuk pengguna dan kali ini menggantikannya dengan satu promosi lama tetapi sangat digemari ramai pelanggannya, 20GB RM20.

Bermula 23 Jun 2021, pengguna Yoodo boleh melanggan kuota data sebanyak 20GB pada harga RM20 sahaja. Promosi ini sebenarnya telah diperkenal tahun lepas, sempena ulangtahun ke-2 Yoodo. Bagaimanapun selepas promosi itu tamat, ramai pengguna merungut dan ada yang meninggalkan Yoodo.



Promosi 20GB RM20 ini belum ada tempoh tamat, ia boleh dinikmati pelanggan sehingga satu tarikh yang akan diberitahu Yoodo kelak. Biasanya Yoodo akan memaklumkan pelanggan sebulan sebelum menamatkan promosi.

Tetapi menariknya, langganan kuota untuk data lain juga diturunkan. Sebelum ini, kuota data 6GB berharga RM18 dan 10GB pula RM25. Tetapi dalam promosi terbaru ini, harga kuota data 6GB turun ke RM15 dan 10GB turun ke RM18 sahaja. Jadi pengguna mempunyai lebih pilihan untuk menyesuaikan pelan dengan bajet rendah.



Untuk pilihan terendah 2GB, ia masih kekal berharga RM12. Kadar asas panggilan juga masih tidak berubah, RM5 untuk 100 minit manakala kadar asas 50 SMS masih RM3.

Bagi pengguna yang memerlukan data khas untuk penggunaan aplikasi tertentu, Yoodo menawarkan banyak pilihan data Add-ons. Antaranya 20GB Whatsapp RM3, 20GB Youtube RM7, 20GB Mobile Legend Bang Bang RM1, dan lain-lain. Tetapi Add-Ons hanya boleh dibeli jika ada membeli data biasa.

Jika anda perlukan data yang sangat banyak untuk waktu singkat, boleh melanggan Yoodo Power Pass yang memberikan 100GB data berkelajuan tinggi, berharga RM2 untuk 1 jam, atau RM5 bagi 3 jam. Ia juga boleh digunakan sebagai hotspot.

Kalau anda bukan pelanggan Yoodo dan mahu mencubanya, kad sim Yoodo boleh ditempah secara percuma dan ia datang bersama 7GB percuma untuk pengguna baru. Jika berminat untuk mendapatkan kad sim Yoodo, boleh mendaftar di sini.

[Sumber: Yoodo]

Tags: yoodo
Najib

Najib

POPULAR

Promosi 20GB RM20 kembali ke Yoodo

Promosi 20GB RM20 kembali ke Yoodo

23 June 2021
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN