• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google paparkan carian terakhir pengguna di halaman utama, jimat masa tak perlu carinya semula

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:57 pm
  • 29/06/2021
  • Komen
Google paparkan carian terakhir pengguna di halaman utama, jimat masa tak perlu carinya semula
Share on FacebookShare on Twitter

Google sedang melancarkan secara meluas, paparan yang menunjukkan carian lalu anda pada halaman tab Chrome melalui komputer, ia dikenali sebagai cards. Perkara yang dipaparkan itu adalah berdasarkan aktiviti terakhir anda lakukan melalui perkhidmatan Google. Ia akan muncul di bahagian paling bawah pada halaman utama.

Contoh seperti di bawah, individu ini ada membuat carian mengenai resepi keju panggang pada 16 hari lalu. Oleh itu, Google menyenaraikan carian itu semula dan dua pautan lengkap berkaitan dengannya. Ia disertakan dengan gambar artikel, tajuk dan laman web artikel tersebut. Seterusnya istilah carian yang dicadangkan ada disenaraikan di bawahnya.



Jika anda tidak mahukan paparan ini, anda boleh sembunyikannya dengan pergi ke bahagian Customize Chrome di bahagian bawah kanan. Kemudian ada pilihan customize cards yang membolehkan anda pilih untuk sembunyikan cards tersebut atau menyesuaikannya semula.

Ciri ini dilihat dapat membantu individu untuk kembali ke carian lalu tanpa perlu mencarinya semula. Maka, ia akan menjimatkan masa, lebih-lebih lagi jika anda sedang membuat carian tentang sesuatu yang penting seperti carian mengenai menu makanan, meneliti hadiah percutian atau kajian mengenai tugasan anda.



Namun, oleh kerana perkara ini ada kaitan dengan sejarah carian dan mungkin anda bimbang jika paparan tersebut mengganggu privasi anda. Maka anda boleh lihat data carian anda yang lalu dan hapuskannya di myactivity.google.com.

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: Google
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Google paparkan carian terakhir pengguna di halaman utama, jimat masa tak perlu carinya semula

Google paparkan carian terakhir pengguna di halaman utama, jimat masa tak perlu carinya semula

29 June 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN