• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Produk pertama Nothing akan dilancar pada 27 Julai

  • OLEH Najib
  • 10:17 am
  • 01/07/2021
  • Komen
Produk pertama Nothing akan dilancar pada 27 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

Nothing adalah sebuah syarikat baru yang ditubuhkan oleh salah seorang pengasas OnePlus, Carl Pei selepas meninggalkan syarikat yang diasaskannya itu. Seperti yang diumumkan awal tahun ini, Nothing akan melancarkan produk pertama mereka pada pertengahan tahun ini dan tarikhnya kini telah ditetapkan.

Nothing telah mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan satu majlis pelancaran bagi produk pertama mereka, pada 27 Julai 2021. Ia dilihat lewat sebulan dari perancangan awal mereka dan Carl Pei memaklumkan, perkara ini tertangguh kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.



Produk pertama Nothing yang akan dilancarkan ini adalah sebuah fon telinga yang diberi nama Nothing Ear (1). Tidak ada maklumat lanjut mengenai fon telinga ini terdapat di mana-mana buat masa ini.

Are you ready for the #SoundOfChange? The @Nothing ear (1) Launch Event is on 27 July! https://t.co/1qZaJaKQvD

— Carl Pei (@getpeid) June 29, 2021

Semasa pengumuman awal, Carl pei menyatakan bahawa Nothing akan memperkenal produk yang kembali kepada asas, dengan rekaan minimalis. Nothing juga bekerjasama dengan Teenage Engineering, sebuah syarikat yang mencipta produk audio menarik untuk produk audio pertama mereka.



Fon telinga adalah produk pertama Nothing dan mereka akan memperkenal lebih banyak produk yang saling berhubung di masa akan datang. Visi utama Nothing seperti yang dinyatakan oleh Carl Pei, adalah untuk mencipta produk yang boleh berhubung lancar dan boleh diwujudkan dengan penghasilan pelbagai kategori produk.

[Sumber: The Verge]

Tags: NothingNothing Ear 1
Najib

Najib

POPULAR

Produk pertama Nothing akan dilancar pada 27 Julai

Produk pertama Nothing akan dilancar pada 27 Julai

1 July 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN