• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Pengguna Astro Ultra Box tidak perlu risau lagi gangguan siaran semasa hujan

  • OLEH Najib
  • 10:21 am
  • 05/07/2021
  • Komen
Pengguna Astro Ultra Box tidak perlu risau lagi gangguan siaran semasa hujan
Share on FacebookShare on Twitter

Masalah terbesar yang sering dihadapi pengguna Astro selain rancangan berulang, adalah gangguan siaran semasa cuaca buruk dan hujan. Ini kerana pancaran signal daripada satelit di angkasa, terhalang oleh awan mendung yang tebal. Malah, baru-baru ini juga terdapat gangguan di satelit sendiri, mengakibatkan pengguna tidak dapat menonton langsung siaran Astro.

Astro kini menyediakan satu lagi penyelesaian sementara buat pengguna, jika berlaku gangguan dengan sambungan satelit. Menurut Astro, Ultra Box mereka telah dinaik taraf dengan fungsi Continuous Viewing, yang bermaksud tontonan berterusan.



Tetapi untuk Continuous Viewing berfungsi, pengguna mestilah menghubungkan Ultra Box mereka kepada WiFi di rumah, dengan kelajuan sekurang-kurangnya 30Mbps bagi menikmati pengalaman yang selesa. Fungsi Continuous Viewing juga akan diberikan kepada Ulti Box tidak lama lagi.

Dalam video yang dimuat naik Astro, pengguna boleh bertukar kepada tontonan menggunakan sambungan internet, dengan menekan butang OK apabila keluar mesej gangguan. Perubahan ini mengambil masa kurang dari 1 minit.



Di dalam mod Continuous Viewing, pengguna juga diberi piihan untuk memainkan siaran daripada awal, jadi anda tidak terlepas mana-amana bahagian penting tontonan. Apabila siaran satelit pulih semula, anda boleh bertukar kepada mod Live TV.

Perkara ini sebenarnya bukanlah mengejutkan kerana Astro sememangnya mampu untuk menyediakan siaran tanpa sambungan satelit. Malah, Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka sedang menguji Ultra Plug & Play Box, di mana tiada sambungan satelit digunakan. Apa yang perlu hanyalah sambungan internet 30Mbps, malah pengguna boleh membuat pemasangan sendiri dengan penghantaran kotak ini terus ke rumah.

Masalah satelit MEASAT-3 yang memberi kesan besar kepada Astro masih belum pulih sepenuhnya. Menurut SKMM, masalah ini berlaku akibat gangguan lokasi di mana terdapat kerosakan penujah di satelit. Satelit MEASAT-3 telah berusia 15 tahun dan akan digantikan dengan satelit MEASAT-3d yang baru, dijangka akan dilancarkan tahun hadapan.

[Sumber: Astro]

Tags: astroAstro Ultra
Najib

Najib

POPULAR

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Pengguna Astro Ultra Box tidak perlu risau lagi gangguan siaran semasa hujan

Pengguna Astro Ultra Box tidak perlu risau lagi gangguan siaran semasa hujan

5 Julai 2021
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER