• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro Ulti, kotak tv internet terbaru Astro yang lebih murah

  • OLEH Najib
  • 5:47 pm
  • 16/02/2021
  • Komen
Astro Ulti, kotak tv internet terbaru Astro yang lebih murah
Share on FacebookShare on Twitter

Astro hari ini melancarkan kotak TV terbarunya, Astro Ulti yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan Astro Ultra. Bezanya, Ulti hanya menyokong resolusi sehingga HD penuh sahaja, berbanding Ultra yang boleh menyiarkan kandungan sehingga resolusi Ultra HD 4K.

Dengan rekaan yang lebih kompak berbanding Astro PVR, Astro Ulti boleh berhubung ke internet melalui WiFi. Ia juga hadir dengan alat kawalan jauh baharu yang lebih mudah digunakan. Tetapi pengguna juga haruslah memiliki sambungan internet sekurang-kurangnya 10Mbps untuk menggunakan fungsi Astro Ulti sepenuhnya.



Antara ciri-ciri Astro Ulti yang terdapat padanya adalah:

  1. Antaramuka baharu

Dengan antaramuka yang serupa dengan di pelayar, ia memberikan rasa dan cara penggunaan yang sama di Astro Ulti dan pelayar web. Pengguna tidak lagi rasa pelik dan berbeza jika menonton di Ulti atau pelayar web.



  1. Video atas Permintaan (VOD)

Dengan sambungan internet, pengguna boleh menonton ribuan kandungan pada bila-bila masa dan di mana jua.

  1. Rakaman awan

Selain itu, sambungan internet juga membolehkan pengguna merakam kandungan yang mahu ditonton kemudian di storan awan dan ditonton semula bila-bila masa.

  1. Tonton dari awal

Buka Astro dan rancangan sudah ditayang separuh jalan? Mulakan sahaja ia dari mula dengan mudah.

  1. Carian

Antaramuka baharu juga menjadikan proses carian lebih mudah dan pantas.

Naik taraf dari RM49

Untuk pelanggan sedia ada dengan bil Astro di bawah RM100, anda boleh memohon untuk bertukar ke Astro Ulti dengan caj pemasangan RM49 sahaja. Untuk pelanggan baru, caj pemasangan dikenakan sebanyak RM99.

Pelanggan yang memiliki bil Astro melebihi RM100, dinasihatkan untuk mendapatkan Astro Ultra dengan caj pemasangan percuma. Pelanggan baru pula dikenakan caj pemasangan RM99.

Perlu diambil perhatian, pelanggan sedia ada yang bertukar kepada Astro Ulti dan Ultra akan dikenakan kontrak baharu 24-bulan. Caj pemberhentian RM600 dikenakan untuk pembatalan dalam tempoh kontrak.

Untuk keterangan lebih lanjut dan melanggan Astro, hubungi 03 7490 8000 atau layari laman sesawang rasmi di laman Astro Ulti.

Untuk penjimatan lebih banyak, pengguna boleh melanggan pakej gabungan Astro & Broadband dari serendah RM6/hari dengan internet berkelajuan 100Mbps dan sehingga 102 saluran.

Bacaan Berkaitan

Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?
Pelanggan Astro boleh naik taraf ke Ultra Box 4K secara percuma
Astro Hentikan Siaran SD Untuk Pelanggan Ultra
Tags: astroAstro Ulti Box
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Astro Ulti, kotak tv internet terbaru Astro yang lebih murah

Astro Ulti, kotak tv internet terbaru Astro yang lebih murah

16 Februari 2021
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER