• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:01 pm
  • 02/12/2019
  • Komen
Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?
Share on FacebookShare on Twitter

Astro memperkenalkan penyiaran berdefinisi tinggi pada pelanggannya dalam tahun 2011 melalui Astro HD B.yond. 8 tahun kemudian, anda boleh menikmati kandungan pada resolusi 4 kali ganda lebih tinggi melalui Astro Ultra. Sekiranya anda berminat untuk melanggan Astro Ultra, anda boleh berbuat demikian secara percuma sekiranya komitmen bulanan semasa anda adalah RM100 manakala sekiranya kurang, bayaran one-off RM199 akan dikenakan untuk naik taraf.

Pelanggan Astro boleh naik taraf ke Ultra Box 4K secara percuma

Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?



Perkakasan baru

Yang pertama adalah seunit low-noise block downcoverter (LNB) yang baru. Piring asal tetap digunakan bersama-sama kabel coaxial yang anda gunakan selama ini.

Kemudian, daripada daripada kabel coaxial yang lama, ia akan turun kepada set-top-box yang baru.



Kabel coaxial akan diskrukan pada bahagian sat-in bagi menyalurkan isyarat satelit yang dihimpunkan oleh piring satelit tadi untuk diproses. Selepas diproses, anda boleh pasangkan kabel HDMI antara set-top-box dengan TV.

Ada beberapa port I/O yang boleh anda temui. Antaranya ialah:

  • LAN
  • S/PDIF untuk kabel optik audio
  • 2 port USB, 1 untuk HDD dan satu untuk kegunaan biasa
  • Bekalan kuasa 12V/2.5A

Unit ini agak kecil, tiada lagi kad pintar dengan cip SIM yang besar sebaliknya digantikan dengan versi lebih kecil. Di sebelah kad SIM itu ada slot mikro-SD.

Tak banyak butang yang ada pada unit ini. Ia hanya ada dua di bahagian kanan unit, satu untuk uasa dan satu untuk aktifkan proses menambat alat kawalan.

Alat kawalan lebih kompak dan ditambah baik. Butang getah pada alat kawalan lama sukar ditekan berbanding butang plastik pada unit baru ini. Bilangan butang juga nyata kurang.

Antara muka

Melihat pada pelekat yang mengandungi butiran lanjut unit ini, ia adalah hasilan Samsung dengan nombor model GX-AS620SM. Di hasilkan pada awal tahun 2019, ia didapati berteraskan Linux.

Jadi, ia mungkin ada Android di atasnya.

Tidak hairanlah antara muka (UI) di TV saling tak tumpah seperti versi On-The-Go-nya.

Bukan setakat UI, sekiranya perkhidmatan satelit tergendala akibat cuaca misalnya, anda masih boleh melayani kandungan yang distrim terus ke TV.

Ada juga servis on-demand untuk movie terkini, tapi perlu disewa.

Berikut adalah bahagian tetapan set-top-box.

Pengalaman menonton lebih lancar berbanding versi terdahulu kerana UI lebih responsif.

Kandungan UHD hanya ada di saluran 780 saja setakat ini. Ia bersilih ganti dengan siaran bola sepak dengan Formula 1. Selain 780, Astro Best 480 juga ada movie beresolusi UHD untuk anda tonton.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Astro Ultra.

Tags: astroAstro Ultra
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?

Hands-on: Apa yang anda dapat bila langgan Astro Ultra?

2 December 2019
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN