• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Maybank2u dan ATM akan tergendala sebelum tengah malam sempena jualan 7.7

  • OLEH Najib
  • 11:15 am
  • 06/07/2021
  • Komen
Laman web dan aplikasi Maybank2u tergendala
Share on FacebookShare on Twitter

Jualan dalam talian 7.7 akan bermula dalam masa kurang 24 jam. Bagi memastikan pengguna boleh menikmati transaksi yang lancar, Maybank mengumumkan bahawa mereka akan membawa ke hadapan waktu penyelenggaraan harian, yang biasa dijalankan pada pukul 12.00 tengah malam.

Pada hari ini 6 Julai 2021, Maybank mempercepatkan waktu penyelenggaraan harian mereka kepada pukul 11.30-11.59 malam. Dalam waktu ini, kebanyakan perkhidmatan Maybank tidak dapat digunakan, termasuk laman web Maybank2u, aplikasi QRPayBiz, Wealth, MAE dan Maybank2u, serta perkhidmatan pembayaran dalam talian.



(2/3) The following services will be unavailable from 11:30pm until 11:59pm on 6 July 2021 (Tuesday)
· Maybank2u, MAE App, QRPayBiz App & Wealth App
· FPX Online Payments
· Debit Card Transactions
· Self Service Machines (ATMs, Cash Deposit & Cheque Deposit machines)

— Maybank (@MyMaybank) July 4, 2021

Selain itu, perkhidmatan kad debit serta mesin ATM, deposit tunai dan deposit cek juga tidak boleh digunakan. Menurut Maybank, keputusan ini diambil untuk memastikan pengguna boleh menikmati pengalaman beli-belah dalam talian pada 7.7 tepat pukul 12 tengah malam nanti, tanpa terganggu.

Kepada pengguna Maybank yang akan menggunakan perkhidmatan Maybank untuk membeli-belah nanti, dinasihatkan untuk mempersiapkan akaun eWallet mereka lebih awal sebelum 11.30 malam. Jika tidak, tunggu sahaja pukul 12 tengah malam untuk membeli-belah.



[Sumber: Maybank]

Tags: MaybankMaybank2u
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Laman web dan aplikasi Maybank2u tergendala

Maybank2u dan ATM akan tergendala sebelum tengah malam sempena jualan 7.7

6 July 2021
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN