• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gandingan Huawei Nova 8i dan fon telinga Freebuds 4 dilancar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 07/07/2021
  • Komen
Gandingan Huawei Nova 8i dan fon telinga Freebuds 4 dilancar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Asia Pasifik (APAC) telah membuat acara pelancaran dalam talian, di mana sebanyak 6 produk baru Huawei diperkenal iaitu monitor, tablet, fon telinga, jam pintar dan telefon pintar. Dari senarai ini, jam pintar iaitu siri Huawei Watch 3 telah pun dilancar di Malaysia bulan lepas.

Dua produk baru yang menarik digandingkan bersama adalah telefon pintar Nova 8i dan fon telinga FreeBuds 4. Nova 8i adalah telefon pintar kelas pertengahan. Manakala FreeBuds 4 pula merupakan fon telinga dengan fungsi penyaring hingar aktif (ANC), menggunakan rekaan terbuka.



Harga dan hadiah percuma

Kedua-dua produk ini akan dijual di Malaysia pada harga berikut:

  • Huawei Nova 8i (RAM 8GB + Storan 128GB) – RM1,299
  • Huawei FreeBuds 4 – RM599

Tempahan awal untuk Nova 8i dan FreeBuds 4 dibuka sekarang, dari 7 hingga 21 Julai 2021. Bagi Nova 8i, ia boleh ditempah di Stor Online Huawei Malaysia, Lazada, Shopee dan Senheng. Manakala FreeBuds 4 pula boleh ditempah di Stor Online Huawei Malaysia, Lazada, Shopee dan Senheng.



Penghantaran untuk tempahan awal ini akan dibuat mulai 22 Julai 2021. Hadiah percuma turut disediakan untuk mereka yang membuat tempahan awal dalam tempoh ini iaitu:

  • Huawei Nova 8i – percuma pek hiburan + langganan VIP Huawei Music 3 bulan + langganan VIP Huawei Video 1 bulan + langganan Huawei Cloud 200GB 1 bulan
  • Huawei FreeBuds 4 – percuma Huawei Band 4

Spesifikasi Nova 8i

Telefon pintar kelas pertengahan ini dikuasakan cip Snapdragon 662, RAM 8GB dan storan 128GB. Ia menggunakan paparan LCD 6.67-inci HD Penuh, berlubang besar di sudut atas kiri. Pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Kamera hadapannya kelihatan ada dua, tetapi hanya satu disebut iaitu kamera utama 16MP. Di belakang, ia menggandingkan 4 kamera iaitu kamera utama 64MP, kamera ultra lebar 8MP dan dua lagi kamera 2MP.

Bateri di dalam telefon ini berkapasiti 4,300mAh dan ia datang dengan pengecasan sangat pantas, Huawei SuperCharge 66W. Walaupun telah mengumumkan sistem operasi baru Harmony OS, Nova 8i masih menggunakan EMUI 11 tanpa perkhidmatan Google di dalam.

Terdapat tiga warna disediakan untuk Nova 8i iaitu Biru, Perak dan Hitam.

Spesifikasi FreeBuds 4

Fon telinga ini memiliki fungsi penyaring hingar antif (ANC) dalam bentuk terbuka, bagi yang gemar telinga tidak dilekap terlalu ke dalam. Pemacu audio dinamik sebesar 14.3mm digunakan untuk menghasilkan bunyi.

Ia memiliki hayat bateri selama 4 jam di fon telinga, dan sehingga 22 jam bersama bekas pengecas. Pengecasan melalui USB-C dan tidak pula dinyatakan tahap kekalisan air.

Freebuds 4 datang dalam dua pilihan warna iaitu putih dan perak.

Tags: HuaweiHuawei Freebuds 4Huawei Nova 8i
Najib

Najib

POPULAR

Gandingan Huawei Nova 8i dan fon telinga Freebuds 4 dilancar di Malaysia

Gandingan Huawei Nova 8i dan fon telinga Freebuds 4 dilancar di Malaysia

7 July 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN