• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei lancar monitor gaming dan wayarles untuk pasaran Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:07 pm
  • 07/07/2021
  • Komen
Huawei lancar monitor gaming dan wayarles untuk pasaran Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei juga akan membawa barisan monitor mereka ke pasaran Asia Pasifik, dengan melancarkan dua monitor baru iaitu Huawei Mateview dan Huawei Mateview GT. Kedua-dua monitor ini turut diumumkana akan dijual di Malaysia dengan tempahan awal telah dibuka.

Monitor ini membawa ciri-ciri unik yang luar biasa. Kerana itu harganya juga tidaklah murah, melebihi RM2,000. Kepada yang berminat, boleh membuat tempahan awal dan menerima hadiah percuma.



Harga dan hadiah percuma

Monitor Huawei yang baru ini akan dijual di Malaysia pada harga berikut:

  • Huawei Mateview 28.2″ – RM2,988
  • Huawei Huawei Mateview 34″ – RM2,488

Tempahan awal untuk monitor baru ini dibuka dari 7 hingga 21 Julai 2021. Penghantaran akan dibuat bermula 22 Julai 2021.



Bagi monitor Mateview, tempahan awal boleh dilakukan di Stor Online Huawei Malaysia, Stor Huawei Experience, Lazada, Shopee dan Senheng. Sama juga untuk monitor Mateview GT, ia boleh ditempah di Stor Online Huawei Malaysia, Stor Huawei Experience, Lazada, Shopee dan Senheng.

Pembeli yang membuat tempahan awal untuk monitor Mateview dan Mateview GT dalam tempoh ini, akan menerima rebat sebanyak RM100 dan router Wifi AX3 dual-core bernilai RM199, secara percuma.

Spesifikasi Huawei Mateview

Monitor ini adalah paparan yang boleh berfungsi tanpa sambungan wayar. Ia dilengkapi sambungan WiFi 802.11ac dan Bluetooth 5.1. Tetapi sambungan berwayar lengkap juga disediakan seperti USB-A, USB-C, Mini DisplayPort dan HDMI.

Skrin monitor ini seluas 28.2-inci dari jenis IPS LCD. Ia mempunyai nisbah 3:2 dengan resolusi tajam Ultra HD 4K (3840×2560). Paparan ini menerima pengiktirafan Vesa DisplayHDR 400 dan mempunyai kecerahan setinggi 500 nits.

Selain itu, monitor ini lengkap dengan mikrofon dan pembesar suara stereo terbina di dalamnya.

Spesifikasi Huawei Mateview GT

Monitor ini memiliki fungsi berbeza dengan Mateview di atas. Ini kerana Mateview GT memiliki paparan melengkung 1500R, berukuran 34-inci dalam nisbah 21:9. Resolusi pula WQHD 2K (3440×1440) tetapi kadar penyegaran tinggi 165Hz. Bermakna, ini monitor yang lebih baik untuk bermain game.

Ini ditambah lagi dengan pembesar suara stereo di bawah, yang lengkap dengan pemancar lampu RGB. Lampu ini boleh diubah kerlipan untuk memberi suasana yang digemari pengguna.

Tags: HuaweiHuawei MateviewHuawei Mateview GT
Najib

Najib

POPULAR

Huawei lancar monitor gaming dan wayarles untuk pasaran Malaysia

Huawei lancar monitor gaming dan wayarles untuk pasaran Malaysia

7 July 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN