• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord 2 5G mengesahkan tarikh pelancaran pada 22 Julai

  • OLEH Najib
  • 10:38 am
  • 09/07/2021
  • Komen
OnePlus Nord 2 5G mengesahkan tarikh pelancaran pada 22 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus kini mengesahkan bahawa majlis pelancaran untuk telefon pintar Nord 2 5G, akan diadakan pada 22 Julai 2021. Ia diberitahu sehari selepas mereka mengumumkan kerjasama dengan Mediatek untuk Nord 2 5G.

Bagaimanapun, OnePlus tidak menyatakan bagaimana pelancaran ini akan dibuat. Dijangka mereka akan mengekalkan pelancaran dalam talian yang telah dijalankan OnePlus sejak sekian lama. Malah, waktu pelancaran 7.30 juga tidak dijelaskan mengikut zon waktu di mana.



OnePlus belum berkongsi sebarang maklumat lengkap tentang Nord 2 5G kecuali 1 perkara. Telefon yang bakal dilancarkan ini akan menggunakan cip Mediatek Dimensity 1200-AI, sebuah cip yang dikatakan berbeza dengan cip Dimensity 1200 yang biasa. Cip yang direka khas untuk Nord 2 5G ini dikatakan mempunyai kuasa pemproses AI yang lebih baik.

Walaupun tiada maklumat rasmi, kita boleh menjenguk dahulu cakap-cakap warga maya mengenai OnePlus Nord 2 5G. Dari maklumat tidak rasmi yang tersebar, OnePlus Nord 2 5G akan memiliki paparan seluas 6.43-inci AMOLED HD Penuh 90Hz. Baterinya pula sebesar 4,500mAh.



Sumber

Kamera belakang ada 3, gandingan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera monokrom 2MP. Kamera hadapannya 32MP. Gambaran OnePlus Nord 2 5G turut dikongsikan dan ia menunjukkan rupa yang sangat mirip dengan OnePlus 9. Terutama sekali di bahagian kamera belakang.

OnePlus Nord yang pertama, telah dilancarkan di Malaysia tahun lepas pada harga RM1,799 bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Adakah harga ini akan kekal atau berubah untuk Nord 2 5G? Kita nantikan pengumumannya di majlis pelancaran pada 22 Julai nanti.

Tags: OnePlusOnePlus Nord 2
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus Nord 2 5G mengesahkan tarikh pelancaran pada 22 Julai

OnePlus Nord 2 5G mengesahkan tarikh pelancaran pada 22 Julai

9 July 2021
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN