• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus Nord 2 5G akan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 1200 dengan AI tambahan

  • OLEH Najib
  • 1:33 pm
  • 08/07/2021
  • Komen
OnePlus Nord 2 5G akan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 1200 dengan AI tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus dan Mediatek telah mengumumkan kerjasama di mana peranti OnePlus yang akan datang, Nord 2 akan menggunakan cip Mediatek Dimensity 1200-AI. Mereka menyatakan, ia adalah cip Dimensity 1200 yang dinaik taraf berbeza dari cip asal.

Cip Mediatek Dimensity 1200 memiliki 8-teras, gabungan 1-teras Cortex-A78 berkelajuan 3GHz, 3-teras Cortex-A78 2.6GHz dan 4-teras Cortex-A55 2.0GHz. Ia dilengkapi GPU Mali-G77 MC9 bersama teknologi MediaTek HyperEngine 3.0. Pengiraan AI pula diuruskan oleh MediaTek APU 3.0. Dwi-sim 5G turut disokong olehnya.



OnePlus Nord 2 5G akan diperkasa dengan beberapa ciri AI yang dipertingkat. Untuk fotografi, ia boleh mengesan sehingga 22 senario seterusnya mengubah tona warna dan kontras untuk hasil terbaik. Pada video, AI boleh meningkatkan kesan HDR, ketepatan warna dan julat warna ketika rakaman.

Di paparan pula, AI akan membantu meningkatkan julat dinamik biasa kepada HDR, serta menaikkan resolusi HD untuk aplikasi media sosial. AI juga boleh mengubah tahap kecerahan paparan mengikut cahaya persekitaran.



Hanya ini perkara rasmi yang dikongsikan oleh OnePlus mengenai telefon pintar Nord 2 5G. Selain itu, nama peranti ini juga telah disahkan iaitu Nord 2 5G.

Tetapi sudah ada cakap-cakap di alam maya mengenai peranti OnePlus yang akan dilancarkan ini. Menurut 91Mobiles, OnePlus Nord 2 5G akan memiliki paparan seluas 6.43-inci AMOLED HD Penuh 90Hz. Baterinya pula sebesar 4,500mAh.

Kamera belakang ada 3, gandingan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP dan kamera monokrom 2MP. Kamera hadapannya 32MP.

Gambaran OnePlus Nord 2 5G turut dikongsikan dan ia menunjukkan rupa yang sangat mirip dengan OnePlus 9. Terutama sekali di bahagian kamera belakang.

OnePlus Nord yang pertama, telah dilancarkan di Malaysia tahun lepas pada harga RM1,799 bersama RAM 8GB dan storan 128GB. Adakah harga ini akan kekal atau berubah untuk Nord 2 5G? Kita tunggu pengumuman rasminya tidak lama lagi.

Tags: OnePlusOnePlus Nord 2
Najib

Najib

POPULAR

OnePlus Nord 2 5G akan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 1200 dengan AI tambahan

OnePlus Nord 2 5G akan dikuasakan cip Mediatek Dimensity 1200 dengan AI tambahan

8 July 2021
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER