• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Google Meet kini meletakkan had 60 minit untuk panggilan berkumpulan percuma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:13 pm
  • 14/07/2021
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, pada bulan Mei 2020, Google Meet tersedia untuk digunakan oleh semua pengguna Gmail dengan akaun peribadi. Google juga mengatakan bahawa ia tidak akan menguatkuasakan had 60 minit panggilan sehingga 30 September 2020. Tarikh itu kemudian dilanjutkan hingga 31 Mac 2021 dan kemudian diteruskan sehingga 30 Jun 2021.

Selepas tarikh tersebut, had perbualan untuk Google Meet ditetapkan untuk pengguna Gmail dengan akaun peribadi. Untuk panggilan Google Meet satu-ke-satu, ianya boleh digunakan sehingga 24 jam.



Manakala untuk panggilan yang melibatkan 3 pengguna ke atas, ia dihadkan sehingga 60 minit sahaja. Mereka akan terima peringatan pada minit ke 55 menyatakan bahawa panggilan akan berakhir. Untuk terus berhubung melebihi had itu, individu yang melakukan panggilan perlu naik taraf akaun Google nya.

Untuk panggilan satu-ke-satu, perkara ini mungkin tidak menggangu kerana had yang ditetapkan sangat lama. Tetapi, untuk panggilan berkumpulan tentunya ia akan menjadi masalah. Lebih-lebih lagi apabila panggilan dilakukan untuk perkara penting seperti kegunaan PdPR atau pun mesyuarat. Pengguna perlu sediakan satu pautan baru dan menjemput kembali semula peserta.



Sebagai penyelesaian, pengguna boleh melanggan pelan dengan harga serendah USD 8 bersamaan RM33.60 sebulan. Dengannya, pengguna boleh mendapatkan had 24 jam perbualan di Meet secara berkumpulan dengan had 150 peserta.

Untuk pilihan lain, anda boleh lakukan panggilan video berkumpulan dengan menggunakan platform perjumpaan seperti Skype dan Zoom. Selain itu, anda juga boleh cuba menggunakan dua aplikasi popular yang kini mempunyai keupayaan membuat panggilan video menerusi desktop, iaitu Telegram dan WhatsApp.

[Sumber: 9TO5Google]

Tags: google meet
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Meet kini meletakkan had 60 minit untuk panggilan berkumpulan percuma

14 July 2021
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII di Malaysia: Harga naik RM800 tapi spesifikasi tak berubah

2 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN