• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jabra Panacast 20 & 50, penuhi keperluan pekerja hibrid untuk persidangan video

  • OLEH Najib
  • 11:49 am
  • 19/07/2021
  • Komen
Jabra Panacast 20 & 50, penuhi keperluan pekerja hibrid untuk persidangan video
Share on FacebookShare on Twitter

Bekerja secara hibrid yakni bekerja di dalam dan di luar pejabat sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai, apatah lagi di waktu pandemik masakini. Bagi melengkapi pekerja dan perniagaan untuk bekerja secara hibrid, Jabra memperkenalkan dua produk baru, Panacast 20 dan Panacast 50.

Jabra Panacast adalah barisan produk kamera web untuk kegunaan persidangan video yang serasi digunakan bersama pelbagai platform termasuk Microsoft Teams, Microsoft Teams Rooms, Zoom, Zoom Rooms, dan banyak lagi.



Jabra Panacast 50

Ini adalah kamera web yang digabungkan dengan pemebsar suara berbentuk bar, pertama kali dihasilkan Jabra. Ia dilengkapi fungsi pintar AI untuk mengesan ahli yang sedang bercakap dan menjuruskan kamera kepada mereka.

Panacast 50 memiliki kamera dengan sudut pandang seluas 180-darjah, mampu menangkap semua peserta di dalam bilik untuk persidangan video beramai-ramai menerusi kamera 13MP Panoramik 4K. Ia menggabungkan 3 kamera untuk menghasilkan paparan masa nyata menggunakan teknologi AI.



Di samping itu, fungsi Virtual Director membolehkan perubahan bingkai video daripada seoarng pembentang kepada pembentang lain dengan lancar. Penonton juga boleh melihat dua video serentak, satu memaparkan semua peserta dan satu lagi khusus kepada pembentang yang sedang bercakap.

Sistem bunyi berkuasa tinggi di Panacast 50 disalurkan oleh 4 pembesar suara berdefinisi tinggi. Ia dibantu oleh 8 mikrofon “beamforming” untuk perbualan 2-hala yang lancar dan jelas.

Boleh dipasang pelbagai cara

Jabra Panacast 20

Ini adalah kamera web yang sesuai untuk kegunaan individu yang sering bergerak. Ia mampu merakam video 4K Ultra HD untuk persidangan video dan dibantu dengan sistem AI yang memperbaiki pencahayaan masa nyata, serta zum pintar agar sentiasa fokus kepada individu.

Rekaannya yang kompak memudahkan ia disimpan untuk dibawa ke mana-mana. Ia juga lengkap dengan pemegang pelbagai guna untuk disangkut di atas monitor, laptop atau apa sahaja yang diperlukan.

Pengguna juga boleh memastikan rakaman ditutup sepenuhnya menggunakan penutup fizikal yang terdapat padanya, memastikan tiada rakaman secara tidak sengaja atau terlupa.

Harga

Jabra Panacast 50 dan Panacast 20 boleh mula didapati di Malaysia sekarang. Panacast 50 terdapat dalam warna hitam dan kelabu, manakala Panacast 20 terdapat di dalam warna hitam sahaja. Harga jualannya di Malaysia adalah seperti berikut:

  • Jabra Panacast 50 – RM6,500
  • Jabra Panacast 20 – RM1,600

Untuk maklumat lanjut mengenai kamera web terbaru Jabra ini, layari laman produk Jabra Panacast 50 dan Jabra Panacast 20.

Tags: JabraJabra Panacast 20Jabra Panacast 50
Najib

Najib

POPULAR

Jabra Panacast 20 & 50, penuhi keperluan pekerja hibrid untuk persidangan video

Jabra Panacast 20 & 50, penuhi keperluan pekerja hibrid untuk persidangan video

19 July 2021
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN