• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PDRM belanja RM3 juta untuk sebuah dron?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:48 pm
  • 26/07/2021
  • Komen
PDRM belanja RM3 juta untuk sebuah dron?
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu siding media Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Mazlan Lazim berkongsikan yang pihak mereka akan beroleh 16 dron berkuasa tinggi.

Persoalannya adalah ia ada menyebut angka RM48 juta untuk memperolehnya ataupun kira-kira RM3 juta setiap satu.



Perkara ini lantas menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana polis di New York membeli 14 dron yang juga untuk tujuan pemantauan pada nilaian kira-kira RM2 juta sahaja.

Ataupun Datuk Seri Mazlan maksudkan yang RM48 juta adalah peruntukkan keseluruhan untuk mendapatkan dron bersama-sama 175 kenderaan pacuan empat roda.



Mungkin untuk beli kenderaan 4×4 juga

Kerana beberapa laporan berita menunjukkan yang peruntukkan RM48 juta itu adalah daripada Pelan Malaysia ke-12 yang disediakan untuk polis membeli dron dan juga ratusan kenderaan pacuan empat roda.

Sungguhpun pihak mereka tidak mengumumkan apakah model dron yang akan dibeli, spekulasi menyatakan yang ia adalah DJI Matrice 300 RTK yang berharga USD13,200, berdasarkan kelengkapan semasa yang mereka ada masa ini.

Selain Matrice 300 RTK, kamera ZenMuse yang berharga USD11,300 juga dijangka akan menjadi aksesori untuk diangkutnya.

Jika perkara itu dipertimbangkan, dengan mengambil kira seunit dron menelan RM120 ribu manakala baki sekitar RM48 juta boleh dihamburkan kepada 175 kenderaan itu pada peruntukan lebih RM260 ribu seunit.

Tapi Matrice 300 RTK tak mampu terbang selama 5 jam

Dalam siding media yang sama juga, Datuk Seri Mazlan memberitahu yang dron yang bakal mereka terima adalah daripada jenis yang mampu terbang sehingga 4 jam.

Menurut lamam rasmi spesifikasi Matric 300 RTK, ia mampu terbang paling lama pun 55 minit, jauh lebih singkat berbanding 300 minit yang dicanang.

Dron SkyFront

Berdasarkan carian ringkas kami, hampir tiada dron berkuasa bateri yang mampu terbang selama lebih sejam. Kalau adapun, ia adalah jenis hibrid yang masih perlukan bahan api fossil untuk terbang dan biasanya hanya dijual pada pelanggan tentera.

Sumber: SoyaCincau, PDRM Drone Unit, Gambar Pemuka]

Tags: djidji matrice 300 rtkdji zenmusedronpdrm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
PDRM belanja RM3 juta untuk sebuah dron?

PDRM belanja RM3 juta untuk sebuah dron?

26 July 2021
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN