• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

IKEA ada meja sisi yang turut berfungsi sebagai penapis udara

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:21 am
  • 03/08/2021
  • Komen
IKEA ada meja sisi yang turut berfungsi sebagai penapis udara
Share on FacebookShare on Twitter

Ikea tak lekang daripada perkakasan rumah multiguna. Terdahulu kami pernah laporkan yang mereka ada speaker yang juga berfungsi seperti bingkai gambar.

IKEA ada speaker yang padan dengan Samsung The Frame

Sekiranya anda miliki ruang kediaman yang terhad, IKEA ada perkenalkan perabot rumah multiguna yang menggabungkan meja sisi dengan alat penapis udara. Produk dalam siri Starkvind itu akan menemui pengguna seawal Oktober 2021 dalam pasaran terpilih.



Untuk fungsi meja, ia menyediakan permukaan bebentuk bulat untuk anda pergunakannya sebagai alas pasu ataupun minum petang. Empat kakinya yang halus memudahkan nozel penyedut hampagas lalu dibawahnya.

Apabila berfungsi sebagai penapis udara, ia menyedut zarah sekecil 2.5 mikron dan pada masa yang sama menapis keluar bahan kimia seperti formaldehyde serta zarah organik yang boleh menghilangkan bau kurang menyenangkan di sekelilingnya.



Untuk memastikan sistem penapis beroperasi pada tahap paling optimum, IKEA juga menjual komponen penapis untuk ditukar secara berkala.

Starkvind dijual pada harga USD189 (RM799) ataupun USD129 (RM545) kalau anda mahukan penapis udara tanpa meja.

[Sumber: IKEA]

Tags: ikeastarkvind
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

IKEA ada meja sisi yang turut berfungsi sebagai penapis udara

IKEA ada meja sisi yang turut berfungsi sebagai penapis udara

3 August 2021
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN