• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

TikTok uji Stories, tampil dalam susunan menegak tak seperti di platform lain

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:44 pm
  • 05/08/2021
  • Komen
TikTok uji Stories, tampil dalam susunan menegak tak seperti di platform lain
Share on FacebookShare on Twitter

Ciri Fleets di Twitter yang berfungsi seperti Stories di Instagram dan Facebook baru sahaja dihapuskan beberapa hari lalu. Kini dikhabarkan TikTok pula menguji ciri yang hampir serupa dan ia dikenali sebagai Tiktok Stories.

Perkara ini dikongsikan oleh Matt Navarra melalui Twitternya dan jurucakap TikTok sudah pun mengesahkan tentang ujian ciri baru itu. Tiktok mengetengahkan ciri ini sebagai salah satu cara baru untuk pengguna berinteraksi.



Introducing TikTok Stories ✨?

Plot twist!

h/t @amanfirdaus pic.twitter.com/gvQMzixYtS

— Matt Navarra (@MattNavarra) August 4, 2021

Sama seperti fungsi Stories di platform lain, Tiktok Stories akan terpadam sendiri selepas 24 jam ia dimuat naik. Berdasarkan video yang dikongsikan oleh Matt Navara itu, Tiktok Stories boleh diakses pada halaman utama melalui bar di sisi kiri.

Stories pengguna yang anda ikuti juga akan dipaparkan di situ dalam susunan menegak. Berbeza dengan Stories di platform lain seperti Facebook, Instagram dan Youtube yang berada dalam susunan melintang.



Pengguna boleh merakam Stories baru dengan tekan pada create, kemudian tekan pula butang di tengah untuk merakam. Untuk muat naik video dari galeri telefon, pengguna hanya perlu tekan pilihan pada sebelah kanan butang rakam.

Melalui ciri ini juga, suntingan video boleh dilakukan seperti menambah kapsyen, muzik, dan teks biasa. Namun, memandangkan Tiktok adalah platform berkongsi video pendek, maka ia lebih sesuai digunakan untuk berkongsi video berbanding gambar.

Sumber

Apabila ciri ini diluaskan kepada umum nanti, mungkin ia akan menarik lebih ramai individu untuk mencuba Tiktok.

Tiktok kini bukan sekadar tempat untuk berkongsi video hiburan sahaja, malah ia juga digunakan oleh pelbagai golongan seperti doktor dan guru untuk berkongsi pelbagai maklumat tetapi dalam bentuk yang sangat santai.

[Sumber: TheVerge]

Tags: TikTokTiktok Stories
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
TikTok uji Stories, tampil dalam susunan menegak tak seperti di platform lain

TikTok uji Stories, tampil dalam susunan menegak tak seperti di platform lain

5 August 2021
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN