• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vaksin Covid-19 #21: Vaksin walk-in seluruh negara & kelonggaran penerima dos lengkap

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:03 pm
  • 13/08/2021
  • Komen
Vaksin Covid-19 #21: Vaksin walk-in seluruh negara & kelonggaran penerima dos lengkap
Share on FacebookShare on Twitter

Antara isu yang dikongsikan dalam episod ini ialah, individu divaksinasi sepenuhnya akan dapat menikmati lebih banyak kelonggaran, tetapi apakah definisi sebenar “divaksinasi sepenuhnya” itu? Apa yang harus anda lakukan sekiranya terdapat kesalahan dalam sijil vaksin anda? dan banyak lagi isu lain yang dikupaskan dalam episod minggu ini.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan vaksinasi sepenuhnya?

Menurut JKJAV, jika anda diberikan vaksin yang memerlukan dua dos suntikan seperti Pfizer, AstraZeneca atau Sinovac, anda hanya dianggap selesai divaksinasi sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua. Vaksin jenis satu dos seperti CanSino ataupun Johnson & Johnson pula selepas 28 hari dicucuk.



2. Pengurangan sekatan untuk individu yang menerima vaksin sepenuhnya

Bermula 10 Ogos, Warganegara Malaysia yang diberi vaksin lengkap dan penduduk tetap yang datang dari luar negara akan dibenarkan menjalankan kuarantin wajib di rumah. Pasangan jarak jauh yang sudah divaksinasi sepenuhnya boleh melakukan perjalanan ke luar daerah atau ke luar negeri untuk berjumpa pasangan masing-masing.

Begitu juga dengan ibu bapa yang sudah lengkap vaksin, mereka juga dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah usia 18 tahun.



3. Ada masalah dengan sijil digital vaksin?

Sekiranya terdapat kesilapan disijil digital vaksin anda seperti nama, nombor kad pengenalan atau maklumat vaksin anda, sila hubungi talian hotline di 1-800-888-828 untuk membuat aduan.

4. Jangan palsukan sijil vaksin

Kementerian Kesihatan telah memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak memalsukan sijil vaksin COVID-19 mereka. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa yang didapati melakukannya.

5. Singapura mengiktiraf vaksin yang diluluskan oleh WHO

Kerajaan Singapura sedang dalam pertimbangan untuk mengiktiraf golongan yang melengkapkan program vaksinasi menggunakan vaksin yang diiktiraf WHO, walaupun vaksin itu tidak diiktiraf pihak berkuasa Singapura.

Bermula 10 Ogos 2021, individu yang melengkapkan program vaksinasi di bawah Sinovac, Sinopharm, dan AstraZeneca turut boleh menikmati kelonggaran SOP yang ditetapkan kerajaan Singapura seperti makan di kedai makan.

6. Waktu operasi untuk vaksinasi Datang Terus (Walk-in)

Bermula minggu ini, sesi vaksinasi secara Datang Terus telah dibuka sepanjang tempoh operasi PPV, daripada pagi hinggalah ditutup.

7. Kumpulan terpilih boleh dapatkan vaksin secara Datang Terus diseluruh negara

Bagi penduduk di negeri lain, vaksinasi Datang Terus kini tersedia untuk golongan terpilih. Ia merangkumi warga emas, orang kurang upaya (OKU), orang dewasa dengan komorbiditi, individu yang terlepas janji temu dos ke-2 serta kakitangan dan guru di bawah Kementerian Pendidikan.

8. Sarawak mencatatkan penurunan kematian dan kemasukan ke hospital kerana kadar vaksinasi yang tinggi

Di Sarawak, lebih dari 55% daripada jumlah penduduknya sudah divaksinasi. Ia mungkin menjelaskan penurunan signifikan jumlah orang yang masuk hospital dan kematian akibat COVID-19.

Sarawak mencatatkan sifar kematian pada 4 Ogos dan ketika itu jumlah kematian harian di Malaysia  ialah 257. Manakala pada 8 Ogos, ketika Malaysia mencatatkan kematian 360 orang, Sarawak sekali lagi mencatatkan sifar kematian. Pengarah Kesihatan Sarawak, melaporkan yang tiada kematian melibatkan orang yang dah selesaikan program vaksin dicatatkan.

9. Status vaksinasi

Setakat 10 Ogos, Malaysia telah memberikan lebih daripada 25.3 juta dos vaksin. Lebih 16 juta atau 49.4% penduduk mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Lebih daripada 9.2 juta atau 28.3% daripada jumlah penduduk telah mendapat dua dos.

Lembah Klang mempunyai jumlah vaksinasi lengkap tertinggi dengan lebih daripada 3.4 juta orang, diikuti oleh Sarawak dengan lebih dari 1.5 juta orang dan Johor dengan lebih dari 600,000 orang.

Tags: Vaksin Covid-19
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Vaksin Covid-19 #21: Vaksin walk-in seluruh negara & kelonggaran penerima dos lengkap

Vaksin Covid-19 #21: Vaksin walk-in seluruh negara & kelonggaran penerima dos lengkap

13 August 2021
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN