• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Khairy telah meletak jawatan, adakah PPV akan ditutup?

  • OLEH Najib
  • 5:44 pm
  • 16/08/2021
  • Komen
Khairy telah meletak jawatan, adakah PPV akan ditutup?
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin telah mengumumkan bahawa jemaah menteri Malaysia telah meletak jawatan selepas kerajaan Perikatan Nasional kehilangan majoriti. Terdapat khabar angin telah mula tersebar, mengatakan bahawa Pusat Pemberian Vaksin COVID-19 (PPV) akan terkesan dari situasi politik ini.

Sumber: @KhairyKJ

Kami telah menghubungi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dan mereka telah menjamin bahawa Program Imunisasi Kebangsaan akan terus berjalan dan PPV masih dibuka. Terdapat khabar angin yang menyatakan bawah PPV di Lembah Klang akan ditutup pada 22 Ogos, tetapi ia sebenarnya adalah hari terakhir untuk vaksinasi datang terus (walk-in) yang terbuka untuk semua penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor.



Seperti yang diumumkan sebelum ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan vaksin dengan datang terus antara 2 hingga 22 Ogos. Manakala untuk bukan warganegara Malaysia, boleh datang terus antara 9 hingga 22 Ogos 2021.

Walaupun Lembah Klang telah memberi vaksin melebihi 100% populasi dewasa yang telah mendaftar, masih ada lebih 33% dewasa yang masih belum menerima dos kedua vaksin. PPV akan terus dibuka dan beroperasi untuk memastikan semua orang termasuk imigran dan bukan warganegara menerima vaksin yang lengkap.



Terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa pemberian vaksin di Pulau Pinang terpaksa ditangguhkan sementara hari ini. Penangguhan ini dibuat kerana kelewatan bekalan vaksin ke PPV.

Lebih 40% populasi dewasa telah lengkap divaksinasi dan lebih 50% populasi negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat ini. Usaha ini perlu diteruskan agar kita dapat pulihkan semula negara kita yang tercinta ini. pic.twitter.com/oQXLS06B4K

— Vaksin COVID-19 🇲🇾 (@JKJAVMY) August 15, 2021

Pada laporan terakhir Khairy semalam berkenaan program vaksinasi, dia berkongsi bahawa pemberian vaksin Malaysia kini berada di dalam jadual, iaitu sekurang-kurangnya 40% populasi dewasa di peringkat negeri menerima vaksin lengkap dan 50% di peringkat nasional selesai vaksin lengkap menjelang 31 Ogos 2021. Dia juga meminta maaf kepada sesiapa yang berhadapan masalah, kekurangan dan kesilapan yang berlaku.

Dia juga berjanji bahawa menjelang Oktober, semua dewasa di Malaysia akan lengkap menrima vaksin COVID-19, seterusnya memulihkan semula negara.

Dalam perutusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi, beliau memberi jaminan kepada rakyat Malaysia supaya tidak risau tentang vaksin kerana kerajaan telah membuat tempahan yang lebih dari mencukupi untuk semua. Lebih 87 juta dos vaksin COVID-19 telah ditempah, bernilai RM4.36 bilion. Beliau menambah, jika program vaksinasi berjalan seperti yang dirancang, semua orang dewasa akan divaksin lengkap menjelang penghujung bulan Oktober 2021.

Beliau juga berharap agar kerajaan yang baharu nanti akan mengambil berat terhadap rakyat.

Sehingga semalam, 15 Ogos 2021, Malaysia telah memberikan sebanyak 27.8 juta dos vaksin. Lebih 17 juta orang atau 52.3% jumlah populasi telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos. Manakala lebih 10 juta orang atau 32.9% dari jumlah populasi telah lengkap dengan dua dos.

Negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menerima vaksin lengkap lebih daripada separuh populasi, manakala Lembah Klang dan Seremban telah hampir mencecah 50%. Di Kelantan, Johor dan Sabah, masih banyak yang perlu dilakukan kerana baru 20% dari jumlah populasi telah menerima 2 dos.

[Sumber Gambar: Malay Mail]

Tags: COVID-19Khairy JamaluddinvaksinVaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Khairy telah meletak jawatan, adakah PPV akan ditutup?

Khairy telah meletak jawatan, adakah PPV akan ditutup?

16 August 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER